Hari ni aku tak kemana-mana, duk rumah layan 3 orang anak aku tu. Berita yang aku nak beritahu ni tak de lah penting sangat untuk hidup korang, saja gedik gedik nak inform.Oleh kerana bila update ke tak update hujung minggu atau hari biasa, unik visitor(pengunjung yang ada blog) datang ke blog aku 200 orang ke atas sehari tak termasuk bukan unik visitor, jadi aku membuat satu keputusan tak akan update entry untuk hari minggu.
Hari minggu aku ada kerja lain, ceh ceh ceh wahhhh jangan bengkek dengar ye, kerja lain tu berjalan-jalan ke blog korang. OOOO lupa Information pasal pengunjung blog aku dapat dari Nuffnang analysis, pengunjung sebenar tak payahlah tahu, aku bukan blogger famous sangat. Duit iklan cukuplah buat beli komputer sebijik. Jangan marah nanti cepat tua.
Dunia blog ni , penangan dia kuat, bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee seperti irama dan lagu tak dapat dipisahkan atau cam makan sambal belacan lagi pedas lagi sedap. Sesibuk mana pun menjalani tugas harian, aku jarang culas nak update, kecuali ada blogger atau orang yang buat aku meroyan , kutuk aku tak tentu pasal. his his dia tak tahu ke aku ni tak ambik port pun pasal orang lain, his his , tak de masa nak pikir pasal ko pun. Tak dapat apa pun nak menyibuk pasal orang.
Kalau kat opis pun cam tu gak, aku ikut kepala aku je, kalau ko rasa nak sentap ngan aku , tak de masanya aku nak cari kenapa dan mengapa ko jadik cam tu.mamposs ko lah duk meroyan sorang-sorang. Insyaalah, jadik manusia, aku jauhkan diri dari kecikkan hati orang atau buat salah ngan orang, sebab setahu aku kalau buat dosa ngan Allah SWT, boleh minta ampun ngan Allah SWT, kalau ko buat dosa ngan orang kena minta ampun ngan orang tu. Paham-paham sendiri sudah.
Hidup aku simple je, aku pikir family aku je, hal orang yang nak sibuk cakap pasal aku dan anak-anak, aku memang tak ambik port, bukan apa kalau aku susah pun bukan dorang yang bagi duit. Aku memang tak layan pun orang duk kutuk, keji waima puji pun, biarlah manusia ada bermacam-macam topeng. Insyaalah aku kalau boleh tak nak pakai topeng -topeng ni, aku adalah diri aku yang sebenar..
okey aku cau dulu, nak ronda-ronda dunia blog..........................dah lama tak cari blog baru.