Saturday, August 25, 2012

outdoor swimming pool,children playground, Games Room, Parrot Bar, Pantai Balok ,Swiss Garden Kuantan

Salam Aidilfitri...................

Semenjak balik bercuti ni mood aku nak  mengupdate blog  telah  berkurangan dengan sangat ketara. Gambar nak semakin penuh dalam folder tapi nak buat cam mana kalau  idea tak sepenuh gambar-gambar yang ada ye dak. Adakah benjolan di atas kepala aku ni  antara  punca kemalasan aku nak mengupdate blog? A.Ya B.Tidak sama sekali C.Antara Ya dan tidak D.tak de kaitan langsung.Saper nak jawab soalan aku ni ?, tak pun aku soal aku sendiri jawab.la la la la

Aku sambung balik cerita aktiviti aku sekeluarga di  Swiss Garden Kuantan pada  Hari raya kedua dan ketiga ye. Aktivitinya tak delah mencabar sangat cuma aktiviti makan tidur makan tidur kemudian berendam dalam swimming pool je. Aktiviti berendam berendam kat pantai atau swimming pool ni bukan menjadi feveret aku , ia feveret anak -anak aku  terutama Firdaus kalau boleh 24 jam dia nak berendam .
Permandangan  swimming pool dari bilik hotel 
Yuyi kaki berendam
Ni lagi sorang kaki berendam
Kelakar yuyi tak berani nak berendam sorang katanya tempat tu terlalu tinggi, itu  sebabnya  kedua-dua bahu  gula-gula hack jadi mangsa.
Berendam -rendam pun hanya ditepian swimming pool, dasar dua beradik yang  tak pandai berenang.
Permandangan pantai Balok dari bilik hotel
Yuyi sempat lagi melayan Firdaus main jungkat- jungkit kat Playground  yang berhampiran ngan  swimming pool
Budak hitam
Cukup dua hari  Firdaus  berendam dalam swimming pool aku tengok kulit muka dia naik terbakar.Dia bukan pedulik pun semua tu apa yang aku nampak bila nampak air  je perasaan dia nak berendam  tu membuak-buak.
Macam biasalah perut bila  berendam lama  dalam air  mau  cepat lapar tapi tak pe  di Parrot Bar ada menjual makanan yang boleh buat lapik perut sementara menanti untuk  makan tengahari. Masa melepak ditepi swimming pool  tu kitaorang sempat order 2 -3 jenis makanan buat  lapik perut , minuman  kitaorang tak order sebab cam tak berbaloi ngan reganya.                                     
Parrot Bar                                                               
Operation hours:
11.00am to 7.00pm
Salah satu makanan yang yuyi beli dari Parrot Bar, rasanya boleh tahan sedap.

Selain dari melakukan aktiviti berendam dalam  swimming pool aku sekeluarga ada juge menghabiskan masa bersiar -siar di persisiran pantai balok  yang berhadapan ngan  tempat penginapan kitaorang.
Rezeki Firdaus, Dia  terjumpa sebiji  belon kuning  semasa dalam perjalanan menuju  ke pantai

 belon kuning tu   ke hulu ke hilir  dibawaknya
Jiwa kacau
Jiwa kacau
Firdaus ni memang tak berapa selesa  bila  tapak kaki dia melekat-lekat ngan  pasir  alamatnya nanti  ayah dia yang jadi mangsa tukang bersehkan pasir tu. 
Entah apalah yang dia cari dalam pasir tu...........

Antara aktiviti anak-anak aku di masa sengang  ialah menghabiskan masa dalam games room. Aktiviti ni aku dah lama tinggalkan, sekarang tibalah masanya aku bagi peluang kat anak-anak plak .
Firdaus ni macam bagus-bagus je
ni lagi sorang macam bagus-bagus, aku layan je. 
Dari games ke meja pool plak.Masing -masing cuba  menunjukkan kemahiran bermain pool tapi hampehhh.
Tengok boleh percaya jangan
yuyi menunjukkan skill bermain pool 
Aku pun tak tahu apa kesudahannya  ngan permainan pool dorang ni , aku tahu-tahu mereka bersurai   meninggalkan tempat ni.la la la


Okeylah cukup setakat ni  dulu cerita  hari raya kedua dan ketiga aku di Swiss Garden Kuantan.Kalau ada mood rajin dan tak de keja nak buat  InsyaAllah aku akan update lagi ye.Jumpa lagi................

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina