Salam Aidilfitri................
Syukur Alhamdulillah akhirnya siap jugak cheese tart untuk pengasuh Firdaus . Rasa cam tak percaya je , hampir setahun lamanya aku tak memegang acuan cheese tart . Ikutkan hati memang aku dah tak nak buat cheese tart...tapi demi permintaan pengasuh Firdaus yang mahukan cheese tart untuk dijadikan cenderahati untuk majlis perkahwinan adik perempuan dia yang paling bongsu aku merelakan diri membuatnya.
Aku start buat crust cheese tart lebih kurang pukul 8.30malam siap sepenuhnya lebih kurang pukul 12.30 malam , berhenti setakat tu .Buat apa yang patut , bersehkan diri lepas tu tidur. Aku menyambung semula projek cheese tart pada pukul 4.30 pagi ; cuma tinggal letak jem blueberry ngan cheese je semuanya selesai lebih kurang pukul 7.15pagi .Syukur Alhamdulillah bukan setakat dapat menyiapkan cheese tart untuk pengasuh Firdaus malah ada lebihan cheese tart plak .Tak pelah ye lebih pun lebihlah nanti bolehlah aku agih-agihkan kepada kawan -kawan ofis yang terclose .*sharing is caring*
Bukannya aku tak nak agihkan kepada kawan yang tak close cuma aku terasa sedikit malu sekiranya kawan yang tak close tak nak makan cheese tart aku sebab kawan tak close takut disantau melalui makanan.Statement tu bukan keluar dari mulut aku tapi keluar dari mulut seseorang jadi jangan salahkan aku sekiranya aku tak offer cheese tart aku.la la la la. Tak payahlah nak takut santau menyantau ni InsyaAllah kalau awak tu sembahyang 5 waktu sehari semalam dan masih mempercayai akan kebesaran dan keujudan Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT lagi maha mengetahui.*bangang orang yang tak percaya bomoh cam aku ni boleh santau orang*
Saper yang nak resepi cheese tart boleh pegi sini.