Tiba -tibakan cite pasal laptop.la la la apasal lah petang semalam aku sombong sangat tak melayari internet atau apa saje yang berkaitan ngan blog...padan ngan muka sendiri masa malam aku nak melayan blog berukband tak boleh nak connect gara-gara celcom 3g bermasalah katanya orang celcom.Sabau jelah tunggu punya tunggu celcom 3g pulih seperti sedia aku tertidur ngan laptop on sampai ke subuh. saper nak jawab. Laptop on sampai ke pagi tu aku tak berapa nak heran sangat selama ni pun masa aku bercuti laptop memang aku on 24 jam, aku buat cam tu supaya dapat line coverage penuh sebab berukband kan macam satu perkongsian jadi saper cepat dia dapat.la la la.Sekiranya korang nak on laptop 24 jam pastikan laptop korang berada dalam keadaan sejuk dengan memasang laptop cooling fans atau menghalakan kipas duduk kipas meja dan segala kipas yang ada kat dunia ni kearah laptop atau letakkan laptop dalam bilik beraircond . Kalau boleh bateri laptop jangan biarkan terpasang terus di laptop.
Kembali ketujuan awal ; Juadah berbuka puasa semalam simple je.Aku masak sambal ikan kerisi, haish cam dah lama je tak makan ikan kerisi, kobis cina yang panjang aku goreng ngan fishball.Tekak aku tak berapa lalu nak makan nasi aku goreng bihun sikit , goreng simple je aku goreng ngan ikan bilis tumbuk , buh fish ball sikit.
Senang hati aku siap menumbuk lebih sikit cili kering esok lusa senanglah aku nak masak
Sambal ikan kerisi
kobis cina panjang goreng ngan fish ball-Aku tak tambah garam aku guna sos tiram je.
Bihun goreng - goreng 1/2 bungkus tak habis apatah lagi goreng sebungkus, ni goreng suku bungkus tak cukup plak sampaikan orang yang tak lalu makan nasi hanya dapat makan dua tiga sudu.aku redho je.. Ada hikmahnya tu kita digalakkan memasak makanan secukupnya bagi mengelakkan pembaziran ye dak.
Sekadar luahan hati
Bercakap pasal orang dengki , iri hati sampai mati pun tak habis. Cakap-cakap orang di luar sana kebanyakannya cakap-cakap yang banyak bagi kita down atau mengondem berbanding cakap-cakap yang memberi semangat untuk kita terus berjuang untuk hidup katanya suami aku sebab tu dia kata lebih baik dia fikir cam mana nak senangkan mak dan anak bini tak pun melayan ikan yang berenang-renang kat dalam laut dari melayan-layan orang cam ni . Mesti korang pernah jumpa orang cam ni kan? 24 jam nak mengondem kita.dialah baik, alim, tak pernah kutuk orang, kereta dialah yang paling best, semuanya dia the bestlah. Aku tak kisah pun asal kau tak kacau hidup aku udah.