Bagi yang baru atau tegar atau lama mengikuti perkembangan blog sengal aku ni sila redho je dengan cerita hari raya aku ni yang memang bermula dari hari raya ke 5, 6, atau 7 bawak ke hari raya pertama. Barulah bestkan kebanyakkan orang dah cerita pasal raya pertama, sekarang ni dah dekat seminggu raya aku baru nak cite pasal raya pertama ye dak kononnya cam gempaklah tu.la la la la
Ni cite last pasal Swiss garden lepas ni tak de dah kalau korang nak baca lagi cite pasal swiss garden sila lihat entry dua atau tiga hari lepas ye. okey berbalik pada tujuan asal aku ; kita orang sampai swiss garden pada hari raya kedua . Harga bilik penginapan kami di sini amatlah bersesuaian untuk golongan marhaen cam family kami. Bagi kami bilik hotel ni untuk makan tidur makan tidur je buat apalah kami nak pikir bilik yang gah gah sangat ye dak , bilik penginapan kami ni dah ngam ngam untuk didiami oleh 5 orang penghuni, tiba-tiba je kami menyelitkan.la la la la
Permandangan swimming pool dari bilik kami
lagi permandangan swimming pool dari bilik kami
Permandangan pantai balok dari bilik kami
Bilik ni dihuni oleh 5 orang , ni wajah 3 orang penghuni bilik , sorang lagi tidur dan masa ni aku tengah memerut.
Abaikan wajah penghuni bilik ni yang agak kacau terutama gula-gula hacks ,, masa ni kami syok syok makan ayam KFC kari hijau, haishhh sadap gak kari hijau ni first time aku makan kari hijau sebelum ni aku makan kari cokelat je
Ruang tamu kami haish kalau ruang tamu kat rumah aku cam ni mau aku bersara dari menginap di mana-mana hotel kat Malaysia ni ye dak.
Bilik kami
Suami aku sedang menunjukkan keadaan dalaman jakuzi pada Firdaus, ialah tu.
Bilik air dan jakuzi kami haish kalau bilik air kat rumah aku cam ni mau hari raya aku duk berendam dalam ni jelah tak payah naik ingat pegi makan angin.
Tempat tidur anak-anak kami, cam ramai sangat anak aku kan?
Gula-gula hacks yang berjiwa kacau sedang membawa hati lara.
Nasi goreng cina untuk Firdaus
Biasalah yuyi ngan ceaser salad tak dapat dipisahkan
Beef noodles aku makan berdua ngan yuyi
kueh teow goreng saper-saper je kat dalam bilik ni dibenarkan mamam .
Makanan untuk hari kedua masa ni aku nak sepak yuyi sebab dia boleh orderkan Firdaus banana split, arghh tiba-tiba aku geram bila ada orang yang teruja ngan dua biji pisang yang diapit ngan sekerim. sorrylah mak ni orang dolu-dolu.
Budak yang tak ingat dunia bila jumpa air
Nasib baik bilik kami tak dibanjiri ngan buih sabun, cis yuyi ni entah kemana dia pegi selepas membuihkan jakuzi untuk gula-gula hacks berendam
Sekian saje untuk hari ini, jangan cuba nak cari kami di swiss garden kuantan, kami semua dah pulang ke Selangor.la la la la