Fuh , baru dapat bersiaran selepas dua hari ni bergelumangan ngan tepung almaklumlah di hujung-hujung bulan puasa ni banyak benda yang nak dibereskan sebelum menjelangnya Aidilfitri tak lama lagi. Disaat badan aku yang tengah letih ni tak banyak benda yang aku boleh cerita kat sini, bukan apa bila badan letih minda pun turut terasa letih makanya bila minda letih idea nak tulis entry pun kureng *alasan paling konkrit*
Okey aku mulakan cerita pada hari jumaat lepas ; Petang Jumaat tu yuyi aku amik aku ditempat keja , aku ajak di pegi ke BS bakery untuk membeli beli barang buat biskut yang masing belum mencukupi. Tak sampai 30 minit aku ngan yuyi kat sana sedar- sedar jarum jam dah menunjukkan hampir 7 malam, apalagi bergegas kitaorang pegi ke pasar ramadhan kat area berdekatan ngan kawasan rumah aku. Aku beli juadah yang biasa aku beli macam nasi tomato , rojak singapore (feveret yuyi) dan roti john.
Yuyi ngan rojak singapore tak dapat dipisahkan tapi cian masa dia beli tu sotong goreng tepung dah habis .kuciwa disitu.
roti john ni yuyi yang beli
Melihat nasi yang berlaukkan sekeping pajeri nenas ,berkuah lemak ni ,otamatik hati aku rasa hiba , insaf dan redho. Ekceli nasi ni kepunyaan seorang pakcik entah cam mana boleh bertukar ngan nasi aku yang berlaukkan peria goreng ngan sambal ikan bilis . Kebetulan masa tu tekak aku teringin sangat nak makan peria goreng tapi nak buat cam mana dah tertukar ngan nasi pakcik tu . Masa tu aku tak marah langsung malah dalam hati aku terbit rasa insaf , redho mana tau mungkin hari ni rezeki pakcik tu nak berbuka puasa ngan nasi yang aku beli, InsyaAllah.Biskut raya pertama aku untuk tahun ni pemberian dari kawan aku punya kawan cum kawan suami teman tapi tak mesra(peningkan I dont like you) . Biskut ni buatan Mama's Oven Home made recipe, nilah first time aku dengar dan makan biskut buatan mama's oven.Rasa terbaek.
Dalam sekelip mata je aku dah ada 4 botol biskut raya.
1)Italian Biscotti
2)sugee cashew-aku batalkan terus niat aku nak buat biskut ni sebab dah dapat free
3)Wholemeal raisin
4)cranberries oat meal
Bukti yang aku sibuk.la la la sambil menunggu tart nenas sedang dibakar aku ambik kesempatan mencincang hazel nut dan memotong kecil buah ceri.
Tahun ni aku tak meniaga biskut raya, aku nak berehat sepenuhnya . Kalau aku jual pun bersebab aku jual 10 botol kat kawan yuyi, itu pun sebabnya aku rasa kawan yuyi tu nak derma kat orang aku rasa lah jadi cam tak sedap plak nak tolak permintaan dia , lagi sebotol aku jual kat ratu kebaya itu pun sebab aku mengenangkan dia pregnant..
Hazelnut ni nanti aku ingatkan nak campurkan ke dalam chocolate chip aku.
Segala detail pasal biskut I will update you soon.*aku tengah bajet ramai orang tengah beratur mintak resepi biskut aku*.la la la la
Sekadar luahan hati
Tiba-tiba je hari ni aku rasa nak pitam perasaan meyampah meluat , loya bergabung menjadi satu. Tak payahlah nak hipokrit ngan aku ,adakah kau ingat aku masih bersekolah tadika ?