Aku tak pernah menetapkan peruntukan perbelanjaan persiapan hari raya setiap tahun. Namun itu tak bermakna aku akan berbelanja secara berlebihan. Dalam soal berbelanja aku suka ukur baju kat badan sendiri tapi soal kualiti sesuatu pakaian atau barang tetap menjadi keutamaan buat aku .Aku masih berpegang pada prinsip "alah beli menang memakai" *undilah saya sebagai menteri hal ehwal penguna*. syy sekarang ni saper menteri hal ehwal penguna kita. dasat betul aku ni itu pun tak tau .
wishlist aku untuk hari raya 2012-ko mampu
1)sepasang baju kurung-tak payah time raya aku pakai kain batik ngan tshirt je -time raya tak menang tangan
2)kasut tumit tinggi-masa bila aku nak pakai tu?
3)langsir bilik -guna je langsir dua tahun lepas -kaler kuning gitu
4)Langsir Sliding door warna kuning-wajib beli supaya sedondon ngan langsir bilik dua tahun lepas
5)kemeja, tshirt , seluar bermuda & seluar baju melayu firdaus-setel, yuyi dah beli kat Australia ngan JJ-ko mampu seluar baju raya kat Australia,mak tak mampu.
6)pakaian yuyi ngan gula-gula hacks-sendirian berhad dia borong kat Australia hari tu.
7)seluar baju melayu suami-berlambak kat dalam lemari , semuanya kelihatan masih baru *nampak sangat pakai seluar baju melayu setahun sekali* Suami aku dia tau keja dan bagi duit aku tukang beli pakaian dan barang apa patut . Yang bagus suami aku ni dia tak banyak bunyi dia pakai je seluar baju yang aku belikan untuk dia. Suami aku ni kureng sikit nak mengekor kalau aku & anak-anak gi shopping .Dia anti sikit ngan shopping komplek.
8)Bab makanan bab paling aku suka nak cite dah tentu-tentu dalam list aku ada rendang kambing, ayam masak merah, ketupat atau nasi himpit, kuah kacang, sambal sotong atau udang selebihnya akan menyusul kemudian.
9)Biskut raya -samperit dahlia, coklat chips, tart nenas, biskut suji. InsyaAllah akan terlaksana impian aku nak biskut raya tahun ni sekiranya Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik buat aku .
Berbalik pada cite juadah berbuka puasa ; menu berbuka puasa kami bertiga hari minggu hari tu , masa ni yuyi ngan gula-gula hack dah balik awal .Aku cuma masak 3 jenis makanan yang simple dalam kuantiti yang kecil
1)Tempe & ikan bilis goreng cili
2)kangkung belacan
3)kari ikan cencaru
Tempe & ikan bilis aku buat goreng cili
Milo ais kurang manis maafkan akak ye sekiranya tempe ni membuatkan hatimu terluka .la la la la. Kedekut okey aku hanya goreng sekeping tempe je bersama segenggam ikan bilis.Mulai sekarang aku nak belajar memasak 2 hingga 3 jenis makanan dalam kuantiti yang kecil untuk mengelakkan berlakunya pembaziran. Dan lagi satu aku kurang gemar nak memenuhkan esbok aku ngan baki makanan yang tak habis dimakan bukan apa aku perhatikan orang-orang kat dalam rumah aku ni spesis tak berapa nak makan makanan yang diperhangatkan jadi , dikhuatiri baki makanan tu akan duk berbulan-bulan dalam esbok..
Ikan cencaru ni yuyi belikan untuk aku sebelum dia balik ke rumah petang tu. Aku ambik ikan cencaru tu sekor yang besar untuk dimasak kari tanpa santan.Mulut suami aku yang agak bangkai dia boleh cakap aku nak jimat cermat sebab tu masak sekor ikan je. "kalau aku pandai berjimat dah lama aku kaya raya,"balas aku plak. Lantak biar dia terbako saper suruh membako aku.
Tempe ngan ikan bilis ni aku goreng guna cili besar tumbuk. Masak ni main lebur je tapi kena pastikan yang ikan bilis dan tempe tu digoreng dulu.Jangan lupa balancekan rasa manis + masin kalau boleh tambahkan secubit serbuk perasa.
Kangkung goreng belacan
Abaikan batang kangkung yang agak panjang tu. Kat sebelah kanan blog aku ada resepi kangkung goreng belacan ambik je jangan segan-segan.Cuma kelainan kali ni kangkung aku goreng mengunakan cili besar tumbuk.Sekadar luahan hati
Samdol bila nak bayar hutang ni....................tulah aku dah kata jangan suka nak percaya kat orang dia tak nak dengar.lantak pi