Wednesday, November 9, 2011

1 Malaysia- kisah sehari suntuk


Salam hari rabu..........................


Ni cerita sabtu lepas, lepas gi bagan lalang, aku gi kampung orang asli. InsyaAllah , setiap kali gi bagan lalang ngan sg pelik, aku mesti singgah sini. Aku suka sangat nengok suasana kampung dan menghayati kehidupan orang kampung yang masih mengamalkan hidup cara lama. Contohnya kehidupan orang asli, pada aku dorang ni unik. Orang asli kira 1Malaysia gak kan , katanya Awie dalam nada sedikit kecewa sebab PM asyik sebut cina India je. kui kui kui dalam nada serius.


Jom layan.............

Bertolak dari rumah lebih kurang 2 petang.....


Masih kawasan rumah .


Spontan cam mana aku boleh ambik gambar dia tengah menguap, aku pun tak tahu.


Budak ni kalau ada akak mulalah mengada-ngada, bak kata yuyi "adik, kenapa adik cam peninglah , ngantuklah time akak ada? . Aku rasa dia saja nak tarik perhatian akak.kui kui kui


Bajet retis korea-rentikan, aku X retis korea , oppssss terlaser, mahu peminat retis korea gegar blog ni.



Teringat nak sedekahkan Al-Fatihah bila melalui kawasan ni. Cepatlah kes ni berakhir, semoga keadilan berpihak pada yg benar, rasa cam susah je kalau kes yang ada membabitkan ahli politik.

Sampai saja perkampungan orang asli , mulalah yuyi ngan firdaus gi kacau angsa. Ye ke angsa?




Nampak tak budak -budak yang tak pernah berdepan ngan angsa.kui kui , Firdaus mungkin pernah, yuyi tak pernah langsung kot.


Jambu yang akan berbuah hujung bulan 11, kalau ada yang teringin beli jambu boleh datang ke sini. Dorang ada bermacam-macam jenis jambu,. Aku suka jambu madu, rasanya manis.


Dorang bagi jambu, tak cukup masak lagi, tapi tetap rasa manis. Amboi kemain suami aku pegang segugus jambu (boleh ke pakai penjodoh bilangan tuk kunci?) :)



Bini awie, tuan punya tanah .


Keliling umah dia, banyak sulur kantan.Aku teruja nak tanam pokok bunga kantan, nak gi berguru ngan Norh, jeles aku nengok dia kutip hasil bunga kantan hari tu.


Pokok cili api ni wat hati yuyi meronta-ronta nak gi petik, memang hantu pedaslah dia ni.kui kui kui








Balik dari Bagan lalang , lepak jap kat Jaya Jusco Bukit Tinggi, minum-minum je, nak makan pun, perut dah sengkak kenyang makan kat HM Sri bagan.



Dorang berdua ni tak boleh bertemu muka, si besau tu tak padan yang besau suka nak sakat Firdaus.


Terlepas beli lolipop, kui kui gara-gara lalu depan kedai jual asam, biasalah kalau dah bau asam suami aku mana boleh duk diam, mengalahkan orang pompuan, aku belikan dia jambu kering wat kudap-kudapan..


semua air dia nak bolot, ni sepatutnya air yuyi.



3 air sekali dia nak bolot.tamak.kui kui kui




The moral of the story ;

1)sehari suntuk t menghabiskan masa bersama family adalah saat yang paling indah
2)Jiwa aku ngan suami tak dapat berpisah dari sukakan kehidupan kampung ngan alam semulajadi. kalau kat rumah aku ni ada dapur kayu api, ak sanggup guna . Teringat-ingat masak gulai atas kayu api, kesedapannya nyata berbeza, rasa asap pada air yang dijerang atas kayu api, semuanya dah tinggal kenangan.

Jumpa lagi , akhir sekali PELIHARALAH ALAM SEKITAR DAN CINTAILAH ALAM SEMULAJADI.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina