Friday, November 4, 2011

Peniaga kantin sekolah -kalau rasa nak emo , sila tekan x belah kanan

Salam hari Jumaat penghulu segala hari...


Semoga kita semua dapat keberkatan dihari Jumaat yang mulia ni.Semalam aku ada bercerita mengenai warung yang ghaib disinikan, okey korang bernasib baik kerana dalam simpanan x-file gambar dalam lappy aku , ada gambar tuan punya warung ngan warungnnya sekali.Korang mesti terkejutkan,warung tu tak seperti apa yang korang imiginasikan .kui kui kui.

Nak gelak aku baca komen korang pasal warung tu, ada yang cakap

1)ramailah yang tak sarapan kat situ hari ni

2) mungkin tauke warung naik pangkat jadi tauke restoran

3) mahu ramai yang tak sarap kedai hilang terus

korang semua memang cool, sebagai hadiah korang cool, aku tepek gambar warung ngan tauke warung sekali sebelum dirobohkan ....



Dari sumber yang boleh dipercayai, warung ni dah didirikan selama 20 tahun.Pakcik ni hanya jual surat khabar, dan mengambil dalal dari kuih muih yg ditumpangkan kat situ.Pakcik hanya berniaga setengah hari je-sila ambik perhatian kalau ko jadi kambing hitam, memang kena lempang ngan aku.kui kui kui



Warung tu dah dipecahkan, ni lah tapaknya . Motip pecah kata sumber yg boleh dipercayai, berniaga tanpa lesen.


Okey the moral of the story dari warung yang kena pecah tu, lenkali jgn berniaga kuih muih depan sekolah sebab memang SEGELINTIR(aku besarkan perkataan segelintir, sebab org kita ni suka emo tak bertempat) peniaga kantin sekolah semedang tak puas hati kalau ada yang berniaga makanan  disekeliling dia, takut sangat barang jualan dia tak laku.

Ini bukan omongan kosong, peniaga kantin sekolah tak puas hati ni dari aku sekolah dulu pun dah ujud. Time anak aku sekolah pun sama, masa tu anak aku berniaga nasi lemak adalah satu hari dalam 10 bungkus, siap kena warning lagi, tak bagi berniaga. Kedai roti canai mak mertua didirikan sebelum sekolah rendah tu dibuka, dulu dia berniaga tanpa ganguan , semenjak dua menjak ni banyak snagat yang mengacau buat hura hara, gara -gara tak puas hati anak murid semua makan kat kedai dia.

Okey ye jangan cuba nak cakap aku tuduh melulu pada peniaga kantin sekolah plak, aku bercakap ni bersandarkan bukti sebabnya semasa sessi soal jawab aku dengan pengarah punya bawah punya bawah di pejabat gomen yang menguruskan hal ehwal penjaja ni tahun lepas.

sila tahan telinga ye-diolog ni panjang.

Aku : kenapa orang -orang kerap, datang ganggu kedai kami

gomen : kami bertindak bila menerima aduan.

Aku : Aduan tu dari pihak sekolah sebelah kedaikan?

Gomen : diam,

Aku : cik, tak nak bagi lesen, cik kata kedai kami haram. haram jangan sebut ye cik, kedai haram tulah yang bagi kami makan. (cam mana boleh) cakap gerai setinggan sifar tak pe lagi.

Gomen ; kami dah bagi gerai , kenapa tak berniaga kat situ?

Aku : ye , saya dah ambik gerai tu, dah bayar sewa buta buta cam tu, tapi kami tak berniaga kat situ, cik dah tengok gerai tu cam mana.

Gomen : semua gerai yang kami sediakan sama je, cuba awak tengok kat taman midahhhhhhhhhh-("bapak dia", dalam hati aku) terus mencelah........

Aku : cik jangan cakap taman midah, temah, senah, cik gi nengok gerai yang cik bagi kat kita orang tu, sebelanya kedai jahit tu cik, habislah kedai jahit bau roti canai, lepas tu kedai tu betul ngadap matahari.cam mana pelanggan nak duk makan.

Gomen ; cik niaga dulu cik nengok taman midah-bapak ko lagi taman midahhhhhhhhhhh.aku celah

Aku : kita orang mampu je bayar sewa tu RM500 ++, janji buatlah gerai tu ditempat strategik skit, jangan plak dicampur ngan gerai jual baju selipar, rantai emas, tak pun cik plak terai berniaga kat situ dulu, kalau cik okey, kita on.cam mana boleh.

gomen ; diam.

Aku : ni sebut pasal cik nak pecah kedai kami tu, cik gi pecah kedai makan infindonfon yang bersepah kat p.klang tu

gomen : kami dah saman dorang sebab berniaga tak de lesen.

Aku : setakat saman , dorang bayau je, cuba pecahkan kedai dorang tu.


cukuplah panjang diolog tu sebenarnya, dorang kena berani pecahkan kedai haram pendatang asing tu, cam dorang robohkan warung pakcik tu. kui kui kui kui

Lagi satu sila ambik perhatian pada penguatkuasa tu gi check lesen yang ko dah bagi kat peniga melayu(kita punyalah susah nak dapat lesen) dorang senang-senang plak sewakan kat infindonfon tuk berniaga.

Peniaga kantin sekolah kenapa perlu rasa tercabar kalau makanan yang korang jual sedap, kalau dah sedap pasti anak murid tak beli kat luar.cis SEGELINTIR peniaga kantin sekolah berniaga tangkap muat, mana dan je, suka nak jual nugget kaler oren yang tersangat oren.kui kui kui aku xxxxxx kan nugget oren tu cucuk plak ngan batang sekerim,macam macam ada.


SELAMAT MEMBACA DIOLOG BUKAN SIRI BERCAKAP NGAN JIN-TAMAR JALIS.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina