Thursday, November 3, 2011

Ramai orang memperkatakan tentangnya; aku zip mulut

Salam hari khamis.............


Syukur ke hadrat illahi, Allah SWT selamatkan nyawa kita,family , sahabat handai, rakan taulan dan saudara mara dari bencana dan malapetaka , memandangkan kebelakangan ni hujan petir , kilat ngan guruh semua ada, banyak rumah dipukul ribut dan dipanah petir.

Tak terkecuali ngan tempat lepak aku setiap pagi.



Kak limah pun beberapa kali pusing kereta mencari warung bawah pokok yang ghaib ntah ke mana? maaf ye, budak beruniform sekolah tu bukan kak limah.

Tempat lepak aku sebuah warung jual suratkhabar , kuih muih dan nasi lemak setiap pagi sementara menunggu kak limah, dah jadi padang jarak padang tekukur. Biar betik, pagi tadi beberapa kali aku berpusing pakai kaki, takut tersalah tempat, ohhhh pakcik mengapa ko pergi tanpa pesan, kat manakah lagi aku nak lepak, beli surat khabar ngan karipap.

ni lawak ye , tak kan tempat tu kena panah petir kot sebab setiap pagi ada je orang ngumpat kat situ.kui kui kui.Setiap hari bermacam-macam cadangan aku dengar dari ahli dewan undangan negeri yang tak diundang kat situ. Lepas ni, tak de lagilah dengar cadangan yang kadang tu bernas, kadang tu masuk akal langsung, ada ke patut dorang sarankan gomen bagi keluar skit wang KWSP buat belanja hari raya.Apa-apa pun tempat tu memang cool.

KAT KAWASAN RUMAH AKU ADA SEBUAH RUMAH DIPANAH PETIR


kawan ; akak kat kawasan umah akak ada rumah terbako kena petirkan.

Aku ; ye , semalam , akak ngan suami lalu kat depan rumah terbako tu. ko tahu ke rumah sapa tu?

kawan ; alah kak, rumah tu main kugiran, kugiran yang kat rumah jiran saya kahwin tu , joget sampai pagi , anak dia plak kena sampuk tu.

Aku ; aku nak tanya motip apa orang suka nak kaitkan, rumah tarbako kena panah petir ngan tauke kugiran ngan rumah berjoget sampai pagi, anak kena sampuk.-sambil aku gelak pecah perut.

kawan ; ye tak ye , apa motip dorang nak kaitkan

Aku ; barang-barang kat dalam rumah tu semua hangus ke?

kawan ; gitar , drum , alat -alat kugiran hangus.

Aku sambil gelak ; motip ko? tuhan panah barang-barang tu semua ke? habis tu satu rumah hangus terbako,banyak kali ko sebut barang kugiran je yg terbako.

statement yg tak boleh blah dari sorang kawan plak sepanas cili api : dosa main kugiran.


Aku zip mulut sebab aku banyak buat dosa.

Pesanan tuk bujal ; jgn lupa siasat warung yg musnah tu.kui kui .



Sekian jumpa lagi, jgn kugiran sangat musim hujan ni.kah kah kah

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina