Sunday, November 20, 2011

"Puss in boots" "kittys softpaws" -lucu sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga

Salam hari minggu ....................


Tengah buat apa tu? tengok Melodi ye. Aku dah lama tak nengok melodi, rasa nak layan plak hari ni. Tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan tahniah kat pasukan bola sepak negara sebab dapat ke final 21/11/2011 , selepas menumpaskan Myanmar 1 berbalas 0 petang semalam.

Tak sempat nak nengok bola sampai habis petang semalam, sebab MIL call nak jumpa suami petang tu jugak. Kebetulan yuyi ngan adik ada, aku bawak sekali jumpa MIL. Dah lama rasanya tak jumpa MIL, last sekali jumpa masa Deepavali , itu pun sekejap je.

Biasalah kalau dah lama tak jumpa , posing memposing jadi acara wajib. kah kah kah



Firdaus cop duduk sebelah yuyi dalam kereta, biasalah yuyi kan suka duk melayan dia main games.



Belah kiri tu MIL aku.


Sempat lagi MIL buat peace no war.kah kah kah

Anak ngan Mak

Bila dah lama tak jumpa, banyaklah benda yang anak ngan mak nak borakkan.Aku malas nak kacau, biarkan dorang berdua.


Nengoklah mata yuyi tu, nak sangat juling , aku rasa nak hentak je.kah kah kah

Biasalah MIL aku ni, kalau nak jumpa sangat tu , adalah barang yang dia nak bagi.


Pandang betul-betul, bukan Toshiba ye, biasalah tu teknik pemasaran.

Pinggan, sudu kuah ngan chopstick(sapalah yg nak pakai tu), siap rice cooker lagi, ambik je lah,orang dah nak bagikan.




Lepas jumpa MIL, agenda seterusnya nengok wayang cite "Puss in Boots" cam biasa, yuyi dah siap beli tiket wayang tengahari tu sebelum datang umah aku.





Dalam panggung sempat lagi posing.



Firdaus tu kenapa?, cam mak nenek je.kah kah kah





Guna suara Antonia Banderas.

Puss in boots(Antonia Banderas) , DreamWorks Animation mengajak kita melihat kehidupan Puss in Boots sebelum ia bertemu Shrek. Filem ni memperkenalkan karakter baru seperti Kitty softpaws (Salma Hayek) dan Humpty dumpty (Zach Galifiabnakis)-jahat cam setan.

Hanya karakter puss in boots je yang pernah muncul diserial shrek, filem ni jadi prekuel yang mengisahkan pertualangan puss in boots sebelum ia bertemu shrek.

Puss in boots , kitty softpaws dan humpty dumpty terlibat dalam pertualangan mencari angsa yang kononnya bertelur emas. Tak terjangkau fikiran omputih ni, boleh plak dorang kaitkan angsa bertelur emas ngan cerita Jack and the beanstalk-kisah Jack ngan pokok kacang gergasi. Aku mengaku , yang aku kagum ngan kreativiti dorang buat filem.


Bawaklah anak -anak tengok cite ni, citenya lucu sangat , sesuai sangatlah tuk kanak-kanak. Kena pastikan anak kecik korang tak ketawa cam firdaus, tak boleh blah , dia ketawa cam kat rumah sendiri, rasa nak plaster je mulut dia.




SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERSAYANG.





Kalau nak tengok lebih banyak gambar kat blog Album gambar ye.Tima kacih

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina