Wednesday, November 23, 2011

Misteri ditempat parking bawah flat

Ingat produser filem ngan drama je boleh buat cite misteri, aku pun boleh jugak. he he he he , cerita misteri ditempat parking bawah flat MIL kak limah, takut tak, takut tak? Tak de maknanya misteri misteri ni, ni kisah petang semalam, terkandas kat flat MIL kak limah berdekatan ngan rumah aku, tetiba je dipertengahan jalan  hujan turun ngan  lebatnya  beserta  ribut petir  ngan kilat sabung meyabung , kalau hujan je tak pe, boleh gak gagah lagi naik  moto  sampai umah.

Aku duk bawah flat tu jap, sementara  tunggu hujan teduh. Dengar je  petir berdentum, firdaus menjerit, dia takut sebab pertama kali , time petir cam ni kita orang kat luar .Aku peluk dia , lekapkan telinga dia kat dada, baru dia tenang sikit. Korang pun boleh guna cara yg sama, bila anak korang ketakutan sebab budak-budak rasa selamat bila dengar degupan jantung kita ,dorang rasa macam duduk dalam perut ibu.

Bila hujan perut lapau, Firdaus nak makan, kebetulan aku ada bawak kuih dari opis, aku bagi dia makan sambil nunggu hujan teduh.







Masa ni baru dengar bunyi petir, siap tutup telinga lagi.



muka lapau.



Muka macam baru lepas nangis.


Lepas ditimpa tangga eh eh eh hujan ngan angin ribut , perut jadik lapau, sampai rumah terus masak tulang rusuk + sikit daging ngan rempah herba chic kut teh. Chic kut teh tu sebenarnya guna tuk masak ayam, ayam tak de kat esbok, aku ganti daging.


Aku guna rempah herba chic kut teh, kalau korang  nak guna rempah herba bak kut teh pun boleh, tapi korang janganlah baca bak kat depan kut teh tu, bak tu masuknya daging baalifbaya.kah kah kah .Pastikan rempah  herba yang kita beli ada Halal dari Jakim ye.



Tulang rusuk campur sedikit daging, lebih kurang sekilo. Daging lembu ni daging korban, kawan opis yang bagi, tahun ni dia buat korban, dia kurang makan daging, tu yang dia bagi aku.Aku baru tahun ni je dapat kelepasan masak daging lembu kat rumah, semenjak suami baru je berjinak -jinak belajar makan daging lembu .Aku nak salahkan dia tak makan daging lembu pun , tak boleh gak, sebab dia dulu hindu, makan daging lembu ni satu kepantangan dalam agama dorang, lepas masuk Islam dia kena lah ambik masa lama ,nak sesuaikan tekak ngan daging lembu.

Ringkas je resepi beef  kut teh aku ni, nama resepi sila abaikan, itu imaginasi aku je.



8 biji bawang putih dipecah kemudian dikupas kulit



Nak sedap lagi, bubuh selabu bawang besar tanpa kupas kulit.



Aku buh 2 ketui halia, tanpa buang kulit, pecah cam tu je.




sedikit cendawan shitake




Jerang air seperiuk togak, biar agak mendidih, kemudian masukkan daging, tulang rusuk, halia, cendawan shitake , selabu bawang putih ngan rempah chic kut teh .




Biar daging empuk, kemudian bubuh kicap cair, kicap pekat, sos tiram ngan lada sulah sikit, sesuaikan rasa ye. Hidangkan time panas.tedap.




Syoknya  time  hujan cam ni hirup sup. Firdaus  kalau bab sup ni ,  memang dia suka bangettttt.oppsss terlepas cakap indon plak.


Janganlah petang ni hujan, kalau nak hujan pun biarlah malam. Kita ni mampu merancang je , Allah SWT yg menentukan.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina