Monday, November 21, 2011

melempang senang cuba melempeng.

Assalamulaikum kawan-kawan semua?dah makan ? kalau dah makan , baguslah. Jom melempang , eehhhh ehhhhhh melempeng.Melempang memang senang,cuba melempeng, mahu hazab terutama bila guna kuali suka sangat nak melekat. Kalau yang berduit boleh lah beli teafal non stick pan, senang nak melempeng, garenti 100% tak melekat.



ohhh tefal idamanku

Aku ni tak berduit guna non stick pan yang murah, itu pun dah jahanam, aku gi sental guna penyental periuk. Jangan khuatir atau bimbang, kalau tak de non stick pan, boleh gak melempeng tapi ngan syarat kena ikut langkah-langkah dibawah, kalau tak   lempeng korang berterabur.kah kui kah kui.

Hari ni kita buat basic melempeng kosong ye ; maksudnya lempeng yang tak buh apa -apa .larikkkkk . Tepung gandum kita campur ngan sedikit garam, kemudian bancuh ngan air suam. Kalau boleh jangan terlalu pekat atau terlalu cair, sederhanakan bagus.kah kah kah . Ramas -ramas ngan tangan adunan yang berbintil -bintil, jgn lupa pastikan tangan kita bersih ye. jangan marah.

Panaskan kuali, pastikan kuali dalam keadaan berseh, kalau  kuali  tak berseh, lempeng senang melekat.  Bila kuali dah panas, tuangkan sedikit minyak masak , ratakan minyak guna bunjutan kain berseh.



 Abaikan kuali  yg buruk dan hodoh tu..........kah kah kah


Ambik sesenduk adunan, tuangkan kedalam kuali . Lengserkan adunan guna senduk secara perlahan mengikut satu arah. Jangan pegi lengserkan dua atau tiga arah plak,mahu terkoyak lempeng tu.



Biarkan lempeng garing sebentar, kemudian balikkan ke bahagian yang sebelah lagi.



Okey, bila dah garing kedua-dua belah, lempeng tadi boleh lah di angkat.



Tararararara dah siap melempeng.Mudahkan..



sambal ikan bilis cilok resepi kat sini ye.tima kacih




lempeng tadi kita cicah sambal ikan bilis, tedap, sempat lagi aku ambik gambar sebelum yuyi makan.


Lempeng cicah ngan ubi rebus, ikan masin, sambal, kari ngan kuah asam tumis , yang mana satu pilihan anda atau sebenarnya anda bukan pengemar lempeng tapi pengemar pancake .kah kah kah kah tepuk dada tanya selera.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina