Amboi boi, orang perempuan yang pakat nak jaga badan tu mesti duk tertunggu-tunggu cerita ni kan. hambek ko , jaga badan ikan kerapu. boleh. kah kah kah . Apa korang ingat ni blog Kim Kardsion. kah kah kah. Fuhhhh Lega dah berapa kali janji ngan suami nak masak ikan kerapu ni, akhirnya , kini pasti subuh tadi asam tumis ikan kerapu dah terhidang atas meja.
Malam tadi, hampir dua jam aku kerjakan ikan kerapu, buang sisik, belai belai mesra, potong potong ngan lapah sekali.Jangan lupa mulai ngan bismillah, selawat ke atas junjungan kita Rasullah SAW sekali sebelum upacara memotong tu.
Ikan kerapu bersisik halus, lebih susah nak dibersehkan dari ikan Jenahak ngan ikan yang bersisik besar yang lain.Sisik ikan kerapu halus kena lebih diberi perhatian, kena kikis guna pisau. Tak de maknanya tauke ikan kat pasar tu nak melayan kikis sisik halus ni, setakat garu sisik besar ngan potong-potong boleh lah.
Part badan ikan kerapu boleh digaru ngan berus paku ni.
Part pipi, atas kepala ,ekor, ridip kena kikis guna pisau.
Ikan kerapu milik (hasil pancingan)suami.kwang kwang kwang
ROGER ROGER 3 BAHAGIAN DIGAMBAR BAWAH , KENA LEBIH PERHATIAN, SILA KIKIS SISIKNYA GUNA PISAU.
Part badan , potong ngan pisau tajam dulu , kasi buat tanda belah tak putus, senang nanti nak tetak ngan pisau besau. Kena belajar menetak-netak ni, mana tahu umah korang masuk perompak, ngan basic menetak ikan boleh buat ,menetak perompak . seramlah tu.
Belahan tak putus yang aku buat guna pisau.
Nampak tu bila ditetak atas belahan, potongannya cantik , tak de lah herot berot, isi pun tak hancur.
kepala ikan kerapu ni terpaksa aku potong dua sebab dia tak makan saman skit, kalau tak dibelah , nanti dia suka nak ngangakan mulut dalam kuah asam tumis .
Sebelum masak asam tumis aku garam kunyit kepala ngan ekor ikan, time subuh senang skit, tinggal masak je. .
Fresh from farm, asam tumis ikan kerapu ni dimasak pukul 5 subuh tadi,(stok isteri mithali memang masak waktu subuh) kalau nak resepi sila layari laman www.asamtumis.paling sedap.com. Abaikan kuali tu, aku spesis suka masak kuah dalam kuali. sila percaya ada laman web tuk asam tumis.kui kui kui
Part ni penting, kalau tak dikikis sisik halusnya ngan pisau , alamatnya time makan , sisik halus melekat kat lelangit.
Lauk sampingan kobis goreng, cam biasalah sayur aku ni memang susah nak jumpa aksesori, sebab family aku ni makan sayur je, kang aksesori dorang ketepikan, rugikan. kui kui kui
Lagi sekali aku buh gambo asam tumis ikan kerapu, biasalah kalau tak buh gambo dua kali tak puas hati.
gambar firdaus kena ada, nanti kang ada yang rindu-rinduan .Sila abaikan dapur aku yang berselerak, aku kan jenis tak pandai jaga keterampilan rumah. kui kui kui
Berjumpa lagi di lain aksi,lupa nak cakap, sempat lagi aku nak nyelit,, pagi tadi aku baca kosmo, ciannya ngan izreen tu termakan janji manis Johan asari(botak cite juvana). adik izreen bertabah ye, tak pelah ngan pengalaman ni dapat menginsaf dan meyedarkan kamu, bahawasanya lelaki yg suka tabur janji manis tu , memang hua hua lelaki brengset.
Izreen ko tu lawa , kalau nak dibandingkan ngan johan asari(botak juvana) yang muka tak semenggah(ooops ada plak yang marah ni), serius betul, lepas ni ko akan dapat lelaki yang 1000000 kali lebih baik dari tu.InsyaAllah.Ingat ye , lepas ni kalau ada lelaki yang nak tabur janji manis, ko tabur muka dia, lepas tu ko blah.kah kah kah .Biasalah tu izreen sibotak tu, pelakon baru nak naik , tengah glamor sekarang ni, sebab tu dia cam diawangan-awangan.Maafkan dia ye, hingus meleleh lagi tu. Macamlah izreen baca blog aku ni. Ada aku kesah.