Monday, January 3, 2011

Ikan dugong di pinggiran pantai

Setelah berpenat lelah, mengintai teratai, perut berdendang, minta diisi. Kami bertiga , beredar mencari tempat makan, yang serasi ngan anak tekak. Cari punya cari jumpa restoran seafood yang diberi nama Art caterer(kalau tak silap aku) berhampiran ngan tepi laut..cam biasalah, feeling cam kat hawaii.





Lepas isi perut, firdaus sempat lagi berposing.



Ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, sambil menikmati hidangan, memang best sangat.



Ombak yang memukul gigi pantai, mendamaikan.



Tempat memilih ikan dan seafood cam kat pasar.


Plih je apa yang korang nak semua ada, udang, ketam, berbagai jenis ikan, dan bermacam-macam lagi. Salah parking, sepatutnya semua tu, wajib dimasukkan ke dalam kotak putih yang tahan air batu, tak delah lalat memenuhi kawasan tu.




Siapa yang tak de seni mempertahankan diri, jangan cuba nak makan kat sini. Lalat memang tak menang tangan. Jarang aku makan kat restoran seafood , yang ada lalat banyak cam ni. Aku dah agak, ini garenti segala seafood dan ikan di biarkan tanpa bertutup.Kalau kat pasar bolehlah buat cam tu.




Tomyam, memang aku puji , best sangat.Secukup rasa.



Pepahat, tak fresh, cara masak tak kena gaya. Kalau nak tahu dia tak fresh, kulit pepahat terbuka. Aku suggest kat korang, kalau nak masak pepahat ni, kena goreng cili kering-kering, tanpa tambah air.



Ikan Jenahak best, fresh, isinya manis. Cara nak pilih ikan segar, pilih yang mata tak tersembul atau terlondeh keluar. Itu semua petanda ikan tak fresh dan lama.




Kailan goreng, bolehlah tahan.



Senyum tapir : Kekadang sedih ngan sifat perniaga melayu , peluang yang ada, tak nak dimanafaatkan sepenuhnya, ngan belajar mempertingkatkan diri untuk maju lagi dalam bidang perniagaan yang diceburi. Kebanyakannya ,berniaga, seperti melepaskan batuk ditangga. Bila kita tegur cara baik, katanya, kita tak nak menyokong bangsa sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina