Friday, January 14, 2011

Buta ke apa?



Muka happy, pasal cinta ke atau egg tart


Pagi tadi, masa aku tengah sarungkan kasut sekolah Firdaus, dia cakap kat sekolah ,ada budak sayang kat dia.

Aku : sapa

Firdaus : iye, dia sayang Firdaus.

Aku : lelaki ke perempuan

Firdaus : iye dia sayang Firdaus

Aku geram , dia ni kalau cakap suka ulang siaran, jerit : sapaa!!!!!!!!!!

Firdaus : budak perempuan tu, dia tak bagi Firdaus kawan ngan budak perempuan lagi satu.

Aku : jangan nak layan,.Firdaus kawan ngan lelaki je.

Budak perempuan bawah 6 tahun sekarang ni, suka sangat tengok sinetron Indon, tu yang terbawak-bawak sampai ke tadika tu.


Itu cinta buta ke?, tak mengenal usia. Dulu masa aku form five pun, ada seorang lelaki ni umur lebih kurang 19 tahun pada masa tu, cinta buta ngan aku gak. Maksudnya dia cintakan aku, aku tak cintakan dia. Dulu aku tak cun pun, skema, bertudung labuh, budak sekolah agama katakan. Memang jenis tak pandai melaram, kalau , nak dibandingkan ngan kawan-kwan yang lain.

Masa tu aku duduk flat. Dia pulak tinggal rumah saudara dia, selang 2 blok dari blok yang aku tinggal. Aku bertolak dari rumah , nak ke sekolah selalunya selepas azan subuh. Dia pulak lepas sembahyang subuh kat surau, terus tunggu aku kat hujung simpang. Cam aku boleh perasan je, lakonan dia, tak kan 10 kali boleh kebetulan terserempak ngan aku kat tangga masa kau nak turun pergi sekolah..

Boleh tahan gak dia ni, boleh ikut aku sampai bus stand.. Aku malas nak layan sangat. Kawan aku pulak excited lebih, dia kata aku bodoh, bukan senang nak dapat orang encem cam tu. Memang aku tak nafikan muka dia encem jambu. Kalau jadi hero filem melayu dah boleh sangat.

Tanpa kenal erti putus asa, setiap hari dia menunggu aku, dihujung simpang. Ada insiden, yang aku tak boleh belah, hari Velentine, dia boleh bagi perfume ngan bunga kat aku. Dialah orang pertama dan terakhir bagai aku hadiah sempena valentine day.

Semenjak tu, cam caya-caya sikit pasal cinta buta .Maksudnya dia cinta aku sampai buta. Bila aku dah kerja pulak , cinta dia tak beralih arah , tetap kat aku gak. Sanggup tunggu aku , kat depan pintu kilang sarung tangan, masa tu aku kerja part time sebab tunggu result SPM. Bila ingat kerja check sarung tangan bocor, sumpah sampai mati pun aku tak nak kerja tu.Susah gila kerja tu, walaupun nampak senang.

Pasal budak lelaki ni pulak, tak tahu lagi, cam mana aku nak explain, yang aku tak de perasaan ngan dia. Bila aku kerja, dia cakap aku berlagak, dah tak nak layan dia. Kesian jugak aku tengok dia, tapi what to do, kalau cinta tak boleh berputik.Last-last aku dapat tahu dia dah kahwin. Tak boleh blah, satu hari aku pergi sekolah anak aku, kebetulan anak dia pun sekolah yang sama. Dia boleh cerita balik kisah cinta pertama dia ngan aku. Lagi satu, dia ada hati nak tunggu aku lagi.Cam tak takut bini je dia tu.

The moral of the story, walaupun lelaki tu handsome gila , ngorat ko pun , kalau hati tak suka , mana boleh paksa.





Sekarang ni aku cinta buta ngan Egg tart je.


Senyum tapir : korang pernah mengalami situasi cam tu tak?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina