Sunday, January 16, 2011

Doktor A



Cinabeng punya hantu kak limah, dia tinggalkan aku dibelakang. Korang nampak tak, kaki hantu tu, berseluar yengki hitam.

Hari jumaat 14/1/2011, aku ngan rakan-rakan diarahkan mengambil suntikan typhoid. Konpius gak aku diarah ambik suntikan ni.Sebelum ni aku tengok, mak mertua ngan pekerja dia je, ambil suntikan ni, sebab dia berniaga makanan.

Cam tak relevan je, aku kerja office, boss aku veterinary, hal kerja bersangkut paut ngan feed Animal, ada kait mengait ke?

Peniaga bazar ramadhan tegar ni, boleh ketawa sampai ketelingalah, tak payah ambik suntikan ni lagi. Jimat sikit duit ko.




Lari jangan tak lari, kalau dapat, siaplah korang bertiga.



Badigol soot, gadis desa pinggiran bandar, hantu kak limah ngan ratu kebaya tak sabar nak dapat suntikan dari Doktor A.



Sukalah tu dah tinggalkan aku dibelakang.



Malu-malu kucing orang ambil gambar dia.



Giliran sigadis desa pinggiran bandar.



Makcik ina minat do do cheng sedang di suntik oleh Doktor A. Gambar ihsan dari laman sesawang www.ratu.com.

Memang tak de perasaan dia ni, bila bagi suntikan. Mesti buat muka keras.. Paling pantas punya suntikan, yg aku dapat kali ni. berdesup , tahu-tahu siap.



Senyum tapir : Dari dulu aku memang fobia, bila ambil darah ngan suntikan.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina