Wednesday, December 22, 2010

stetoskop


Stetoskop



Gambaran Doktor(A) Lelaki 90% memang tepat.



Gambaran Doktor (B) perempuan, muka tak tepat langsung, 99 % fizikal tepat.


Ditempat kerja aku, ada 2 klinik panel. Satu klinik doktornya lelaki, seperti gambar di atas, dan satu lagi klinik perempuan, seperti gambar di atas gak.


Cerita menarik tentang kedua-dua doktor.


Doktor A memang pendiam, dan tak berapa nak tengok sangat,bilo ko cakap sakit, mungkin dia meluat, kebanyakan pekerja nak MC je kot. Selalunya aku pergi kedua-dua klinik , secara bergilir. Jika bulan ni pergi doktor A , bulan depan pergi doktor B pulak. Ada jugak aku ke klinik bukan sebab sakit, tapi nak MC. Alasan kukuh yang aku beri, cerry berry, tapi bukan cerry berry semalam. Itu serius betul punya . Selalu gak, bila ke klinik, aku kata kat doktor, cerry berry, dia pandang sinis., tapi dia malas nak layan, dia bagi je MC(selepas dirayu ngan cara berhemah dan buat muka pucat lesi)

Sumpah, lepas ni aku tak nak tipu doktor lagi. Hari ni, aku baru tahu, kalau kita betul kena cerry berry, doktor boleh tahu. Tadi aku ada berbual pasal cerry berry ngan kawan tempat kerja, yang kebetulan, kawannya seorang doktor. Katanya, tanda orang yang cerry berry, perutnya tak hyper aktif cam orang normal. Patutlah Doktor A selalu pandang sinis ngan aku, setiap kali aku cakap cerry berry .


Doktor B , seorang perempuan yang dah sedikit berusia, tapi masih mempunyai potongan badan yang mengiurkan. Bukannya aku tak suka perempuan yang tengok bila sakit. Aku scary, dia ni ada satu habit, kalau nak dengar degupan jantung mengunakan stetoskop, suka suruh orang angkat baju sampai menampakkan coli dan $#@!U. Meremang bulu roma, cam tengok cerita sundal bolong. Ingatkan pengalaman ngeri aku je bersama doktor B, setelah tinjauan dibuat, semua kawan merasa perkara yang sama. Aku ada pesan ngan kawan-kawan, kalau rasa nak jumpa ngan Doktor B, jangan pakai coli yang lusuh dan kendur.malu dong.

Dulu aku pandang remeh cara Doktor B, sekarang aku dah faham , itu adalah cara yang sebenar mengikut medical treatment.



Senyum tapir : Lapar pulak perut, bila teringat Doktor B yang masih bergetah, walaupun dah beransur senja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina