Monday, December 6, 2010

Baru bernafas

Orang lain sibuk cuti sekali gus dari sabtu hingga rabu.Aku dari tadi, kat pejabat bertungkus lumus, siapkan kerja. Biasalah hujung bulan, ngan boss aku nak bercuti panjang, jadi dari pagi ada yang merengek-rengek , suruh buat kerja cepat. Jadi belum ada masa nak jalan-jalan rumah teman.

Baru nak update, dan menatap blog. Aku harap korang semua sihat walafiat disamping keluarga.
Layan lauk sardin, peberet simontel ye?



Belimbing balance hari tu, belah dua, bawang merah 6 biji mesin kering, 5 biji cili masak mesin kering gak.




Pakai sardin Marina, Keluarkan sos, kemudian goreng isi sardin tu.




Tumis bawang merah mesin samapai naik bau. Kemudian masukkan cili masak yang dah dimesin tadi. Tumis sampai cili mesin pecah minyak. Jangan lupa masukkan sekali belimbing buluh tadi.




Masukkan sos ikan sardin tadi. Bubuh garam ngan gula(1/2 sudu kecil sahaja). Mangga yang gugur depan rumah, aku kutip. Bila cam ni masukkan sekali dalam masakan. Last sekali bolehlah bubuh ikan sardin yang dah digoreng.




Kalau masak sardin, aku memang suka lebihkan asam, sebab nak hilangkan bau hanyir sardin tu.





Trademark simontel, dah tak sabar nak makan sardin. Apa jua sardin yang aku masak, die tetap cakap sardin adabi. Aku layan je. Sedangkan, aku tak pernah pun masak sardin Adabi. Ada rumus cakap, sardin tu tak power. Selalunya aku masak, Cap Ayam, Botan dan Marina.


Senyum Tapir : Semua ikan sardin dalm tin aku suka kecuali, yang bersos cair (pucat)dan isi ikan, berwarna pucat. Yang murah sangat, selalu berkeadaan macam tu.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina