Thursday, December 2, 2010

Amaran keras/Jangan cuba control cun



Sebelah budak kaca mata merah, sianoy, dulu cun melecun.


Pada satu petang, aku ngan budak berkaca mata merah(bukan kugiran budak kaca mata ye) sedang berjalan pulang dari gerai makan selepas mengisi perut.

Kami berjalan bersama-sama , melalui belakang pasar besar Port Klang.Masa tu umur budak kaca mata merah, baru masuk 25 tahun.Budak kaca mata merah ni, memang terkenal ngan sifat control cunnya. Korang sendiri paham, apa maksudnya control cun.

Okey, contohnya artis yang tak control cun cam, Scha, ifa Raziah, Eli Suriati ngan Farah Fauzana.Artis control cun plak cam, Fasha sendal, Siti Nurhaliza ngan Lisa Surihani. Cam tu lah kira-kiranya. Jangan dorang nak saman plak, aku cakap yang betul.

Berbalik cerita pasal tadi, sambil berjalan pulang dengan berlenggang mak limah. Cam biasalah berbual-bual diselangi ketawa terbahak-bahak, almaklumlah dah kenyang. Budak berkaca mata merah, tak de lah terbahak-bahak sangat, almaklumlah , control cun.

Aku ni memang jenis pakai handbag besar lagi buruk, yang kalau peragut tengok fikir 10 kali nak ragut. Budak berkaca mata merah ni pulak, pakai handbag yang comel dan boleh memikat hati peragut. Handbag dia kecik , bila sangkut , kena kat separa ketiak, cam budak dalam gambar ni.



Gambar sekadar hiasan(minta maaf mak pinjam gambar)


Pada masa tu, aku memang dengar ada bunyi motor, lalu betul-betul berhampiran ngan kami berdua. Aku pulak nampak, cam kawan aku tu, melambai -lambai mesra kearah penunggang motor, sambil menjerit kecil-kecilan, "Hoi !!!!! apa ni, janganlah". Lepas tu, motor dah hilang dari pandangan. "ko kenal ke budak lelaki tu" tanya aku sambil memegang bahu budak kaca mata merah.

"akak tak nampak ke tadi?, muka budak kaca mata merah berunsur muka tension."nampak apa pulak" tanya aku ngan kebingungan. "handbag saya kena ragut", muka tegang. "sorrylah, akak ingat ko panggil kawan lama kau", aku boleh ketawa terbahak-bahak."Nasib baiklah, dalam tu tak de duit, ada lipstick je" keluh sibudak kaca mata merah.

Aku bagi nasihat kat dia"lain kali, kalau nak jerit bila dah kena ragut, boleh tak jerit cam minta tolong , rumah ko tengah terbakar" contohya API ! API ! API ! API. dengan volume yang paling tinggi, sambil tangan melambai -lambai dengan badan melompat-lompat.



Senyum tapir : Pelik manusia ni, dalam keadaan kecemasan pun boleh control cun. Ingat kawan-kawan, control cun mesti kena pada tempat.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina