Tuesday, December 21, 2010

Pasrah

Pasrah, bukan tajuk filem Yusof Haslam. Filem entah apa-apa tu. Persetankan pasal filem tu, tekak jadi mual pulak. Nanti!!!! nak cakap gak, teringat Wilma dalam cerita tu, bedak bersepuh. Dammm u(kata pada diri sendiri) dak kena cherry berry, masih nak megumpat orang.

Aku pasrah , semalam aku jatuh sakit. Harap maaf entri yang disiarkan semalam, entri hari minggu. Entri baru tak dapat disiarkan, kerana aku sibuk dengan urusan keluar masuk toilet. Selepas kejadian cerry berry dan muntah, seluruh jiwaku pergi, otak tak dapat berfungsi ngan baiknya. Idea nak menaip kontang . Memang subuh Isnin, aku gagahkan diri, tapi sayang, tak boleh nak buat apa-apa.

Mulanya aku lupa, kenapa aku berkeadaaan macam tu. Bila dah 10 kali , keluar masuk toilet sambil mengimbau kejadian semalam. Teringat kembali, detik-detik bila mana, aku tengah mengangkat tudung saji, keluar seekor lalat sesat dari dalam . Yess, tak dapat disangkal lagi, itu lalat yang dah bertelur kat atas makanan yang aku makan.





Demi membalas dendam ke atas lalat tu, simanja dah dapat memukul 2 ekor lalat sampai gol. Aku tak pedulik, walau itu bukan lalat yang sebenar, yang membuat aku jatuh sakit.


Sambung cerita pasal minggu tu, adakah semangat kerajinan hari tu, membawa padah. Aku mengaku, minggu tu , semangat chef bergejolak. Pagi lagi aku dah ke kedai, membeli barang keperluan nak buat bubur kacang hijau. Habis tu, nak membubur kacang hijau katanya.



Bubur kacang hijau , yang aku buat hari minggu tu. Aku baru dapat merasa semangkuk kecil,




Pagi tu , aku buat sarapan nasi lemak. Ayam seketul tu , bukan ayam KFC yang hilang tu. Balance KFC, hari tu tak habis.



Baru dapat menjamah sepinggan ni, lepas tu terus jatuh sakit. Cuba korang check, kat dalam pinggan tu, ada telur lalat tak? Kalau jumpa , memang mata korang terang.



Maafkan simanja aku ni, atas desakan aku, dia tak berbaju, aku rimaslah orang lelaki berbaju kat rumah. Berbahagianya mereka berdua, sebab mereka tak kena macam aku, pasrah lagi, aku kena tak pe lah. Seribu kali pasrah , esok datang kerja dibebani dengan kerja yang menimbun.

Pagi tadi aku dah ke klinik, dah ambil ubat. Biasalah, klinik panel, check ala kadar, sangkaannya kita malas nak kerja, bisalah persepsi klinik panel. Dia tak tahu , macam mana azabnya kita menangung derita keluar masuk toilet. Keadaan kesihatan masih sama. aku hanya minum milo kurang manis bersama roti.


Senyum tapir : Dammmm u(kata pada diri sendiri) dah ditimpa musibah, baru nak ingat Allah SWT.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina