Dalam entry ni, 2 bentuk keadaan itulah , yang aku nak ceritakan. Aku mulai ngan :-
1. bentuk kesedihan
Pukul 6.45 petang ketika pulang dari office, sementara menunggu simanja menjemput pulang ,aku duduk di sebuah bangku batu yang tak berapa sempurna.
Dammmm u, tahu cari untung, tak tahu jaga kebersihan.
Ini bangku batu tu,, dikelilingi oleh sampah sarap . Di belakang bangku batu, adalah bangsal penjual buah-buahan. Tempat ini, terletak , betul-betul di bahu jalan.
Di hadapan bangku batu, ada pokok yang rimbun daunnya, diseberang pokok pulak, ada rumah teres.
Rimbun daun pokok tu, tak cukup lagi nak melindungkan badan seorang lelaki muda yang berumur lingkungan 20 an , membuang hajat di situ. Dengan tak de perasaan bersalah dan menoleh kiri kanan, selamba badak lelaki muda tu membuka seluar dan memancutkan sesuatu.
Aku dan orang lain yang ada di situ, macam tak diendahkan. Kalau orang tak berakal sempurna, boleh sangat dimaafkan, ini orang yan sempurna akal. Rasa aku nak penampar je muka dia. Kurang ajar kau.....pekerja bangsal buah-buahan, kat situ rupanya...
Sekarang aku tahu, aku boleh nampak orang, orang tak boleh nampak aku, kalau tidak, masakan dia kencing kat situ...yeayyy yeayyyy
Upin ipin pun tahu malu.
2.Bentuk kegembiraan
Malam tadi tak boleh tidur, aku layan blog aku ni. Intai di tempat follower, mana tahu ada yang follow , aku belum pergi terjah blog dorang. Pandang juga kat chat box, mana tahu ada link yang aku tak pergi lagi. Ialah, hari ni kat office, tak dapat blog walking, muka boss cam muka orang datang bulan . serammm
Alangkah terkejutnya aku, bila aku lihat follower aku yang ke 220 adalah Mazlin Chik Inn, macam nak gugur jantung aku, sebelah je tau.Aku rasa ramai kat luar sana sinonim ngan nama tu. Dia pun ada meninggalkan pesanan, kat chat box aku ngan memakai identiti Mazlin Nordin.
Diri aku, yang aku kenal sendiri , tak mudah nak menyukai orang tanpa sebab , kecuali ada yang special tentang orang tu. Ya, aku mangaku, memang aku teruja sangat, dan aku memang meminati perempuan yang memakai nama Mazlin Chik Inn, aku tak nak bercerita lanjut tentang perempuan ni, aku nak korang nilaikan sendiri. Penilaian aku untuk orang yang aku minat, mungkin tak sama ngan korang.
Hak untuk meminati atau menjanjungi seseorang adalah peribadi masing-masing. Jadi, kita tak de hak, untuk memaksa orang lain meminati orang kita minat dan sanjung.Biar aku dan diriku, sahaja tahu, kenapa aku meminati dia.
Mazlin Chik Inn
gambar tak boleh besar, kena kecik je.
Bukan kerana orang kenal dia atau nak up traffic , aku buat entry khas pasal dia, memang sesungguhnya aku meminati perempuan ni, dari dulu lagi, sebelum dia berhijrah memakai tudung..Dikesempatan ini, aku mengucapkan terima kasih di atas kesudian dia singgah keblog yang dipunyai oleh Cik Ina minat Do do cheng serta mengfollow aku sekali. khe khe
Senyum tapir : Kadang-kadang fikiran menerawang jauh, apalah erti kemasyhuran dan keglamouran, jika hidup tak berpijak di bumi nyata . fikirlah sendiri....