Friday, December 17, 2010

Kecilnya dunia

Mingguan wanita, majalah yang rutin aku beli, masa beberapa tahun dulu. Rasanya, aku baca majalah ni, semenjak tahun 1995. Banyak Isu rumahtangga yang dikupas di dalamnya. Aku beli suka-suka je, lagi pun harganya berpatutan, dibanding majalah lain.





Aku selalu lepak di bahagian "lakukan sendiri". Mana tahu, ada perhiasan rumah, boleh dilakukan sendiri, mengikut panduan yang disediakan. Cuba nak melembutkan tangan dah sedia keras.

Bahagian ni, setahu aku , ditulis oleh Fouziah amir, berdasarkan tulisan di sudut penjuru kanan.. Melihat nama tu, teringat teman rapat masa di asrama. Memang nama Fauziah banyak kedengaran di mana-mana, tapi aku rasa berbeza, sebab huruf O di dalam nama tu.




Pagi tadi, masa bersarapan, aku menyelak halaman demi halaman majalah wanita keluaran khas hari raya 2007. Waktu senggang cam ni, selalunya aku habiskan dengan menyelak majalah lama. Sampai di halaman kelima , tumpuan aku terarah pada gambar warga kerja mingguan wanita. Raut wajah seseorang, yang aku kenal ada di situ. Wajah Fouziah Amir, teman rapat masa di sekolah menengah, tak boleh dilupakan hingga kini. Personalitinya, masa di sekolah menengah dan asrama, sentiasa menambat hati. Tutur katanya, penuh beradab dan bersopan santun , dan orangnya tinggi nilai ketimuran.




Dalam bulatan , Fouziah Amir, teman rapat yang 20 tahun, tak pernah bersua muka.



Aku semak semula nama yang tertera di bawah, sah itu Fouziah Amir(wartawan majalah wanita), teman rapat yang dicari selama ni. Baru dapat bersua, di majalah.



senyum tapir : Situasi macam ni, pernah tak korang lalui?Kecilnya dunia ni....(bukan cerita tauladan atau sinis)


pesanan penting : fouziah, jika ko terjumpa blog aku ni , sila tinggalkan pesanan di chat box-maaf, diri terperasan popular.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina