Showing posts with label Kisah kawan. Show all posts
Showing posts with label Kisah kawan. Show all posts

Friday, November 9, 2012

HACCP & ISO 22000 ; LEE BISCUITS; DRAMA DUA BABAK


Semenjak  syarikat tempat aku bekerja telah mendapat sijil HACCP aku perhatikan tangan aku ni akan memeriksa segala plastik bungkusan makanan , tin makanan dan segala botol minuman  yang aku pegang demi memastikan syarikat mereka itu  mempunyai sijil HACCP.Bekerja tanpa gaji adalah salah satu perkerjan yang paling aku suka:)ha ha ha apa ketawa-ketawa abahmu ingat senang ke nak dapat sijil HACCP ?

Aku menyifatkan  usaha HACCP team syarikat tempat aku bekerja selama  lebih kurang  6 bulan bertungkus lumus menyediakan segala dokumen demi  mendapat sehelai kertas yang bernama sijil HACCP sebagai berbaloi.Tapi Kasihan belum sempat pun team mereka  berehat chief mereka diarahkan membuat persedian untuk mendapatkan sijil  ISO 22000

BABAK 1

Minggu lepas aku sempat bercakap dengan  salah seorang chief  team  HACCP

Aku :  CT apasal ko cam penat je?

CT Nurhaliza : penatlah  sikit kan  HACCP baru lepas .baru je lepas  HACCP   kitaorang dah nak kena buat persedian  untuk sijil ISO 22000

Aku : (Tetiba je spontan terpacul dari mulut aku)LEE Biskut pun dah dapat sijil ISO 22000

CT Nurhaliza diam membisu  sambil tersenyum sinis .Dan dia terus pergi dari situ meninggalkan aku terkedu

"what the hell, apa yang aku dah cakap ni , mesti dia syak  hobi aku belek bungkusan biskut , mana  nak letak muka aku ni?.


BABAK 2

Dua hari lepas aku terserempak dengan staff  CT Nurhaliza yang bernama sahirah di depan bilik bos

Aku : apasal kau nampak kelam kabut je?

Sahirah : sibuk sikit.Sekarang ni kita orang kena buat persedian untuk sijil ISO 22000

Aku : (Tetiba je spontan terpacul dari mulut aku)eloklah tu Lee biskut pun dah ada sijil ISO 22000

Sahirah : (sambil angkat sebelah tangan) apalah akak ni lee biskut tu syarikat biskut dah lama la.

Aku : apa plak syarikat kita pun dah lama gak

Sahirah tersenyum sinis lalu pergi meninggalkan aku terkulat-kulat.........

Aku dah tak de kerja lain nak buat ,malam tadi aku sempat mengoogle LEE biskut dan FFM Berhad,  terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata cam mana? la la la

Pernah tak dengar hobi orang suka mengumpul koleksi bag coach , LV , Prada tak pun kasut Jimmy Choo, Sembonia tapi aku lain aku suka mengumpul  jajan.


LEE biskut

Dua bungkus biskut penuh gak sebotol kecik

Jajan 1

Jajan 2
 Jajan 3


Kebetulan kedai jual jajan 2 bersebelahan  dengan restoran KFC, aku pun beli KFC buat juadah makan malam selasa 
 Hot & Spicy dinner plate
 suami aku forever dengan Original dinner plate
 cheezy wages


InsyaAllah minggu ni minggu terakhir aku beri  Firdaus keizinan makan  Ayam , pagi tadi aku dah mula memasakkan dia sup sayur untuk dibawa ke rumah pengasuh.Bukan apa dia ni allergic ,Dia tak boleh   makan makanan sembarangan nanti seluruh badan dia gatal  terutama belakang lutut, pelipat lengan ,peha dan celah kelangkang. Kalau nak diikutkan dia hanya boleh makan ikan dengan sayur je  serta makanan yang berasaskan soya.Masa dia baby dulu doktor memang syorkan aku bagi dia minum susu yang berasaskan soya (Isomil).

jumpa lagi.........sendiri bebel  sendiri fed up

yang bengang

bini tukang kutip sewa rumah





Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, October 19, 2012

Tertinggal keretapi ; terung bulat comel lote goreng cili sedap

Petang semalam blog  aku dah tertinggal lauk kari ayam dan terung bulat comel lote goreng cili kat sini .Patutlah  aku rasa lain macam je blog aku, rupanya ada lauk  yang tertinggal. Tak delah gah sangat pun  lauk yang  tertinggal tu cuma aku nak bagitahu kat kengkawan yang terung bulat comel lote goreng cili  tu sedap banget tapi aku  tak puas makan sebab sikit sangat. Lain kali  kena beli lebih  sikit  terung bulat comel  lote tu.
  Abaikan periuk kari ayam aku yang comot,  sila beri tumpuan pada kari ayam aku tu je.

Oleh kerana ada perempuan sial yang dah  menganggu mood aku nak membebel jadi apa kata kita terus je kepada resepi
Terung bulat comel lote goreng cili 

Bahan-bahannya

1)sepaket terung bulat comel lote(anggaran 15 biji-dibelah dua)
 Gaul sekata terung bulat bersama dengan sedikit garam  kemudian terus goreng dalam minyak yang panas dan banyak
2)5 tangkai cili kering-potong dan rendam dalam air panas
3)3 ulas bawang merah- dihiris kasar
4)3ulas bawang putih-dihiris kasar
5)1/2 gengam ikan bilis-cuci dan bersehkan
6)3 sudu besar sos tiram
7)1/2 sudu gula

Bahan 2&3&4 kisar kering hingga halus kemudian kisarkan bahan 5  sederhana halus saje

Cara-cara membuatnya

1)Panaskan  minyak ,tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak-kecilkan api masa menumis 
2)tumiskan sos tiram dalam 1/2 minit bersama , sedikit air dan gula.
3)Besarkan api kemudian  terus masukkan terung bulat yang dah digoreng tadi
4)Kaup balik seminit kemudian bolehlah diangkat.

Resepi kari none ado kengkawan semua dah terror  masak kari ayam ye dak




Sekadar luahan hati


sial !!! hari ni tak de mood aku nak buat keja  bila teringat muka  sorang pompuan tu arghh aku geram dia cuba nak  describe aku sebarangan  . Selama ni aku  tidak pernah berjumpa ngan dia ,aku   bercakap pasal kerja dengan dia  pun melalui telefon tapi yang peliknya dia  boleh  describe aku orangnya macam mana wak lu lah  bullshit you can go to hell.itulah bahana mendengar cakap perempuan yang bertaraf tukun tiruan.

Thursday, October 11, 2012

Tengahari selasa aku ; keluar makan dengan yang bukan geng aku

Sesiapa saje kawan yang mempunyai kenderaan kecuali lelaki (aku lemas sikit ngan lelaki yang nak ikut vontot pompuan ni) yang sudi nak mengajak aku  yang tidak mempunyai kenderaan ni keluar makan aku on je . Dah tentu-tentulah aku yang tidak mempunyai kenderaan ni menunggu  orang yang mempunyai kenderaan mengajak aku ye dak tak kan ye aku ngan muka  tak tahu malu, perasan best dan tak sedar diri nak mengajak orang yang ada kenderaan  keluar makan. *gunalah otak*

Aku boleh je  keluar berdua , bertiga , berempat atau berlima jadi kau yang macam berkumpulan  dan boleh dikatakan keluar makan ngan orang yang sama the moral of the story saper yang bergeng sekarang ni kau atau aku lepas ni  kau  tak payah nak cop aku mempunyai geng kalau nak cop gak kau pegi belek diri kau dulu. Orang melayu memang tak de keja lain  "GENG" pun boleh menjadi bahan perbualan. Seriously mak lemas.
Kawan aku  ni tak kisah je kalau makan seorang diri  tapi hari tu kitaorang  keluar berdua kerana nak menguruskan  beberapa hal peribadi.
 Chicken chop ni aku yang punya
buang tebiat tengahari buta boleh mencekik roti bakar.


okeylah cau cin cau lupa kat kubur esok pun kita sorang diri gak????

Tuesday, October 9, 2012

LELAKI INI

Tadi sebelum lunch sorang lelaki separuh abad yang satu tempat keja ngan aku ni teramat  bengang  gila ngan soalan aku, siap kutuk kutuk aku lagi . ek eleh baru jap tadi dia jumpa aku dia boleh plak mengutuk dan mengata  pasal orang lain kat aku . Paling aku tak menahan dia boleh kasihan kat aku katanya (orang lain yang  buat salah, aku yang menanggung masalah)  something like that.aku senyum je.

The moral of the story ; aku syak lelaki separuh abad ni  lebih banyak kawan perempuan daripada kawan lelaki. ~~~lemaslah sepesis lelaki sotong cam ni~~

Tengahari Jumaat & sabtu aku ; Western Food forever ; ko tak muntah ke ngok dua hari makan western food

 Takkan aku yang bekerja sebagai  tukang sapu sampah sepenuh masa di sebuah kilang tak boleh makan di tempat makan yang eksklusif  seperti TGIF dan Victoria Station?Takkan  yuyi yang berkerja  sebagai pengelap cermin di KLCC tak boleh beli beg Coach. wei walaupun boyfren anak aku tu jutawan minyak  dari arab saudi excuse me tak delah sampai sependar dan bera  LV yang dia pakai tu di sponsor oleh boyfren dia . haish bila masa plak anak aku ada boyfren ni?saper yang nakkan anak aku ni? lagi satu aku nak tanya ada ke bera LV?  macam tak pernah dengar je sebelum ni.

 Berbalik pada cite coach tadi ; Oh tuhan tolonglah kami dengari luahan hati kami  walaupun kami orang susah kami juge ada keinginan untuk makan di tempat eksklusif  serta  memiliki handbag LV lost voton dan Coach *cam bangangkan nak beli LV*  Ada kawan sekerja aku tu sanggup menyimpan sehari 50 sen semata-mata nak memiliki handbag coach 2 kali bayar lagi InsyaAllah handbag Coach yang dia order tu akan sampai by sea I'am no bery surelah  I thing another 2 or 3 month *jgn nak ketawa sangat ngan omputih aku ni ye*

Wah !!!!!orang berada  tega sungguh kamu  ye  menghumbankan handbag coach dan LV kepunyaan  kamu ke dalam tong sampah hanya kerana melihat kami orang susah ini menyangkut handbag berjenama sama ngan kamu di bahu. Betapa hinanya kami dimata kamu.

Tengahari  Jumaat aku makan bersama bosku kawannku tapi bukan geng ye  bahawasanya saya rakyat Malaysia  berjanji yang saya bukan geng dan saya bukan ketua  dari  mana-mana kumpulan gagak hitam dah tentu tentu  100% saya bukan ketua kumpulan.ha ha ha ha
macam kukenal je situdung hitam yang dah lama tak update blog
roti bun kat sini gebuss dan tedap  bukan macam  roti bun  kat KFC  yang keringkesattawarhebehtaktahuakunakcakapapalagi
sup ke air basuh tangan ni?
bos bos kat kilang aku , tukang sapu sampah tak berapa nak suka bergambar  ~~cer cakap saper lagi yang nak bagi gelaran  bos kalau tak kita sendiri ye dak~~
bukan the lord of the ring ataupun cincin kahwin????
bos membeli belah  punya ; beef 
Hantu punya  ; chicken  roasted
Tukang sapu sampah punya
bukan victoria bercham punya
kami disaji ngan kopi pekat bersama susu dan gula
macam wafi dah
jemput makan sekerim kengkawan semua

Tengahari sabtu melayan anak-anak makan kat tempat yang sama
purak-purak tidun
 
roti bun yang tedap dimakan bersama butter
Firdaus ngan nasi goreng cina tak dapat dipisahkan
Di sini menyajikan ceasar salad dengan smoke salmon yang terbaek
lamb shank ngan yuyi tak dapat dipisahkan 
set lunch untuk aku dan gula-gula hacks
sup sedap : )
 lelaki hot mesti  mak we banyak  himpitkan? anak Datuk saper yang tak nak?




Kemerapuan ini adalah gara-gara  aku tak boleh nak melelapkan mata sebab  mengingatkan  satu pasangan sedang bermain -main di highway ditengah kepekatan malam .Aku sentiasa berdoa semoga kehidupan pasangan itu sentiasa  dilindungi Allah SWT.Amin

Monday, September 10, 2012

hari sabtu aku ; menu open house ; nasi hujan panas

Open house? Aku jarang sangat  penuhi jemputan  open house atau mengimarahkan majlis ni . Kadang-kadang aku rasa aku ni complicated untuk difahami orang sedangkan aku pun tak faham diri aku sendiri.  Aku  sebenarnya tak suka orang chop aku sombong. Hakikatnya aku memang seorang manusia biasa yang tak  pernah lari dari sifat pemalu sehingga segelintir orang merasakan yang aku ni seorang yang sombong. Dahlah sombong, muka buruk, bergaji rendah plak tu. Sejujurnya aku tak kisah pun kalau ada yang cakap aku sombong mulut orang bukannya kita boleh tutup lainlah kalau mulut  botol, tempayan atau benda-benda yang boleh ditutup *jangan ikut perumpamaan aku* Biarlah orang menilai mengikut rasa hati masing-masing .Aku selesa menjadi diri aku sendiri.Aku dilahirkan bukan untuk memuaskan hati semua orang cukuplah sekadar aku yang memahami diriku   InsyaAllah aku cuba mengelakkan  dari menyakiti hati orang lain.

Bercakap pasal open house hari sabtu hari tu aku penuhi jemputan open house kawan ofis.
First time aku makan nasi hujan panas. Sebelum ni aku pun tahu cam mana rupanya nasi hujan panas.
Ahli rombongan cik kiah sedang menikmati juadah open house



Tuan rumah yang berbaju hitam polka dot sedang menghulur angpau kepada adik kawan aku
Anak aku yuyi-macam korang tak kenal ye dak?
Ahli rombongan cik kiah ngan tuan rumah
Juadah open house-maaflah  mak segan nak  ambik gambar juadah, malulah ramai orang lagipun bukan rumah mak so mak kena lah behave dan  jaga atitude.
Suasana open house
Yuyi lagi hey!!!!  ko berapa kali nak interframe?
la lagi kali ni ngan Firdaus plak
Adik bongsu  pumpkin kawan ofis aku 
Pumpkin  ngan anak bongsu tuan rumah
Ahli rombongan cik kiah- 4 dara pingitan dan sorang mak dara(tuan rumah)
Ratu shanghai bersama Puteri kesayangan dan Badang suami kesayangan 
Puteri kesayangan ratu shanghai bersanggul tinggi
Situasi ini amatlah mengjenkelkan bila ratu shanghai berkasut tumit tinggi kaler biru
Entah kenapa bila aku jumpa ngan Badang suami ratu shanghai aku terbayang pokok rambutan , tali dan kerengga.ha ha ha
Putera daniel anak ratu shanghai bersama puteri octavia. mereka sedang berdating.
4 dara pinggitan, pilihlah yang mana satu idaman kalbu . Setiap orang punya citarasa sendiri dalam memilih pasangan tapi setahu aku  yuyi berkenan ngan  lelaki yang  memiliki badan agak berisi.
Suami tuan rumah bersama anak sulungnya
Tuan rumah bersama anak bongsunya 

Gula-gula hacks Putera ku yang handsome bersama adik  pumpkin. Setahu aku  gula-gula hacks suka perempuan yang memiliki badan yang agak gempal

Sekianlah saje liputan dari aku .Terima kasih kepada tuan tumah kerana sudi menjemput aku  datang ke open housenya.Semua makanan sedap-sedap belaka terutama roti jala ngan serawa durian. Aku tertarik ngan persekitaran  kawasan rumah ni, hijau  sejuk je mata memandang.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina