Tuesday, November 20, 2012

kalau dah minat orang tak suruh pun kita buat ; hujan ribut pun sanggup diredah

 Aku  suka memasak. Seriously , minat dan suka memasak  tu  memang dah  ada dalam jiwa aku sejak aku belasan tahun lagi. Aku teringat masa zaman aku belasan tahun , bila berkumpul bersama  family dan saudara mara sebelah ayah kat  kampung terutama musim perayaan atau kenduri kendara aku suka sangat menawarkan diri  untuk menolong mak-mak  saudara  memasak.he he he kelakar bila teringat umur  aku yang   belasan dah terlebih rajin masak mengalahkan  makcik-makcik.
 
Seingat aku masa tu  aku lebih selesa  berkawan dengan sepupu  dan adik beradik aku berbanding dengan  kawan -kawan perempuan  sebaya aku .Selepas   dikhianati kawan baik sendiri aku pernah  hampir bersumpah tidak mahu punyai kenalan rapat .Selepas berlaku penghianatan tu sepupulah menjadi teman aku untuk  mencurah rasa hati.Kami sering menghabiskan masa bersama -sama , sepupu aku suka suruh aku masak, biasalah aku ni bab memasak orang suruh aku masak  20 jenis lauk pun aku rela daripada suruh aku mengemas rumah.

Kelakarlah........  aku baru perasan yang kecenderungan dan ketaksuban aku  terhadap  memasak  ni telah  membuatkan  aku  terlupa  hendak mengajar anak aku yuyi memasak .Haish aku termalu sendiri bila baru-baru ni yuyi bagitau aku "mak,   ingat tak, mak tak pernah sekalipun ajar saya  masak nasi  waima bawang pun tak pernah suruh saya kupas." arghhh baru aku perasan yang selama ni  aku memang suka memasak berseorangan .Tapi syukur Alhamdulillah walaupun aku tak  pernah  mengajar dia memasak itu semua   tak pernah sekalipun dijadikan alasan yang dia tak pandai memasak.

Cerita pasal masak lagi biasalah cuti-cuti sekolah macam ni aktiviti aku disubuh hari mestilah memasak.Cuti-cuti sekolah macam ni perut Firdaus lapar je almaklumlah tak de aktiviti. Subuh ni aku masakkan dia


1)sambal sardin
2)telur dadar bawang
3)sup bayam

 sambal sardin


sup bayam
telur dadar


Jumpa lagi......



Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina