Friday, November 2, 2012

malam Jumaat aku ; boleh dikatakan pengalaman manislah jugak





Pada aku manis jugaklah pengalaman bercakap ngan customer service sengal tu malam tadi kalau nak difikir dari sudut manis.Entahlah aku ni jarang sikit nak berfikir dari sudut yang  pahit mahupun masam waima aku sedang dilanda sakit yang orang kata antara hidup dan mati , bersyukurlah Allah SWT masih sudi memberi pinjam nyawa dan aku masih dipilih untuk meneruskan kehidupan  di muka bumi ciptaannya ini.

Berbalik pada tajuk cerita ; Aku tersenyum sendiri bila mengingatkan  perbualan telefon dengan customer service ( lelaki)  ******  malam tadi


Welcome to   ******  customer service, to speak our consultants   please press 0


3 kali aku tekan 0 almaklumlah keypad hp aku lambat bertindak


Customer service  : Selamat malam En.R, boleh saya bantu

Aku (angkara dua no hp satu account) : Akak  bukan En R, akak  isteri kepada En .R, akak  nak tanya sikit  boleh?

Customer service : Boleh, sebelum tu cik sila  sahkan nama dan no kad pengenalan cik?

Aku : Saya  Z no kad pengenalan   6666 10 6666(baca boleh percaya jangan ye)

Customer service : terima kasih, cik boleh sahkan nama ibu?

Aku(kalau nama mak aku JLO tak pelah aku sebut 10kali pun) :  XXXXXX binti Dogel

Customer service : boleh saya tahu  apa masalah cik?

Aku : dik, broadband *****  sekarang ada masalah ke?

Customer service : Sekarang ni cik kat depan komputer ke?

Aku : malas haih akak nak bukak lappy dari tadi tak boleh nak connect.

Customer service : akak kat area mana ni?

Aku  : area Port Klang cam mana ada masalah ke?

Customer service : Port Klang ye...hurmmmm kak,  Port Klang tu dekat dengan Rawang ke?

Aku :  (spontan) kalau akak  sepuk ko, sesukahati je ko cakap port klang dekat dengan rawang, ko tahu tak rawang tu kat KL. Port Klang ko tahu kat mana?

Customer service : ha ha ha maaf kak saya tak tahu .saya duk seremban

Aku : tahu tak pe ....ko ingat port klang tu sebelah menyebelah ngan rawang ke.


customer service : setahu saya area klang & port klang tak de masalah,dari semalam ke akak ada masalah ngan broadband?

aku : baru malam ni dik.

customer service : akak ada kat depan komputer ke sekarang ni? akak periksa kat..

Aku : adikkk oh adikkkk aak tak boleh connect nak periksa apa nye

customer service : maaf kak..akak cuba connect broadband

Aku : tak pe dik akak cuba nak tahu je samada line broadband kat Port Klang ada masalah atau tidak , itu je.

Customer service  :  area port kalang ngan klang  okey .


Aku : okeylah aku nak tahu tu je , nanti akak betulkan sendiri .Terima kasih


kelakar,  lain padang lain belalang lain orang lain ragamkan.





















Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina