Apasal kedai makan orang kita kebanyakannya ada terselit perkataan Tomyam di belakang nama setiap kedai makan terutama kedai kelantan ?soalan ni soalan yang tak berapa penting nak kena jawab, saje aku nak buat gempak.
menu kami jarang berubah bila makan kedai melayu : )
tomyam
kailan ikan masin
nasi goreng cina dan ayam goreng-untuk Firdaus
minuman ; Lai chee kang/Teh O limau ais/Nescafe panas
Member bengang tak sempat tukar t-shirt lain lagi ayah dia bawak pergi makan.
Semalam order dua mangkuk lai chee kang, bukan apa takut last minute budak ni tukar fikiran
entah kenapa malam tadi suami aku boleh order telur dadar .Mak peninglah kalau ada orang yang nak order telur dadar bila makan kat luar : )
kailan ikan masin
Dia ni macam biasalah mana boleh tinggal nasi goreng cina dengan ayam goreng
Tomyam seafood ; setiap kali order suami aku wajib sebut "tambah lauk lebih ye nanti saya bayar" entah kenapa orang kita ni kalau berniaga takut sangat nak buh lebih udang, ayam atau sotong, dorang takut kita tak bayar ke apa?Berniagalah cara profesional kita akan bayar apa yang kita makan, tak payahlah risau.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .