Selepas hampir setahun aku tak merasa nasi lemak RM1.20 yang sedap lagi ciput .... akhirnya semalam aku terjebak jugak dengan nasi lemak ni huish tanjat mak kali ni dia dah ada improvement dulu lain sekarang lain sekarang dah ada lauk pauk (sotong kering sambal , ala-ala sambal, ayam upin-upin dan tengok sendirilah) dulu dia hanya menjual nasi lemak RM1.20 tanpa lauk pauk.Ni dah kira bagus malam tadi tak payahlah aku nak bertungkus lumus memasak bagai.
Respek gila hampir 80% pelanggan dia orang cina. Alah bukan susah sangat nak menangkap atau memikat citarasa tekak orang cina ni ; senang je dorang mahukan nasi lemak yang cantik dan berderai , sambal plak biar manis sikit lagilah kalau ada sambal sotong kering laju je dorang ni..
sambal sutun kering dia sedap cuma manis je sikit, kata nak tarik pelanggan cina.
Bagi orang yang suka menjaga diet dah semestinya nasi lemak ciput cam ni cukup.
Bukan pak penakan aku punya nasi lemak corner.
Nasi Lemak @D'Pandamaran Nasi Lemak Corner
Location : Jalan Young , Pandamaran, Pelabuhan Kelang
for ordering call H/P 012-6960478
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGATERSAYANG