Dua tiga hari lepas masa aku duk melepak depan komputer Firdaus bagitahu aku
Firdaus : mak , boleh tak masa rehat Firdaus tak nak beli nasi lemak?
Aku : Habis tu Firdaus nak beli apa?
Firdaus : mak ,Firdaus beli kuih love.Sedap.Boleh tak esok Firdaus beli kuih love lagi?
Aku : apaaaaaaaa kuih love.Apa benda kuih tu?
Firdaus :kuih love tu warna oren.Firdaus nampak ada jual kat pasar malam.
Aku : nugget bentuk love, mak dah syak .
The moral of the story ; Kasihankan anak aku baru nak berjinak-jinak dengan dunia nugget.Aku sedar yang sememangnya aku ni jarang mengoreng nugget kalau ada pun setahun dua kali ,seingat akulah. Aku tak boleh dipersalahkan dalam hal ni, besar kemungkinan ini disebabkan suatu masa dulu aku pernah terbabit dalam pembikinan nugget dan segala macam makanan yang berasaskan ayam maka bila aku melihat nugget secara spontan terpacul kata-kata "arghh nugget" tapi tempura I say "yes" ceh wah speaking konon.
Sesekali bila aku teringin nak makan nugget , aku beli gak nugget tapi selalunya aku beli nugget jenama Marina & Sri Murni kalau tak pun buat sendiri*bajet kedekut*.hurmm ,anak -anak aku ni payah aku nak cakap, nugget goreng tak sampai 10 ketul pun berzaman nak menghabiskannya. Sekarang ni aku perhatikan yuyi dengan gula-gula sedang berjinak-jinak dengan dunia nugget tapi agak memelikkan di situ semenjak bila plak Firdaus ter'addcit dengan kuih love@nuggat oren ni.
kuih love@Nugget oren yang sering kelihatan dijual di pasar malam
Aku syak tempura yang aku buat sendiri ni tak cukup bentuk love.
Firdaus belum pandai membezakan antara nugget dan tempura. Ada aku kesah janji tempura aku sedap yang bestnya tempura dibuat dari isi ayam tanpa lemak nak dibandingkan dengan nugget mak no komen.
Jumpa lagi .................macam nak beli nugget je petang ni : )
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .