petang semalam masa atas motor aku bagitau suami yang aku nak singgah sekejap kedai acheh beli ayam.Esoknya aku cadang nak buatkan Firdaus ayam bakar ala-ala sate untuk dibawak kerumah pengasuh.ek elehhhhh tetiba je suami aku tanya "elok ke ayam kedai Acheh tu?.Kenapa tak beli kat Ayamas? Pelik , tak ade angin tak de ribut tiba-tiba je tanya macam tu.banyak kau punya mak we kat Ayamas ,"aku kata dalam hati. Mampus !! kalau suami aku boleh baca hati aku la la la
Maka pergilah kami berdua menaiki motor buruk ke Kedai serbaneka Ayamas untuk membeli seekor ayam.Tolonglah bukan selama ni aku beli ayam kat kedai acheh ke ?Punyalah jauh berlegar nak beli seekor ayam .Dah buang tabiat suami aku ni *sabau jelah kan*
1)2 inchi halia
2)1 inchi ibu kunyit
3)4 ulas bawang merah
2)2 ulas bawang putih
dikisar kering
rempah kering
1)1/2 sudu jintan manis
2)1/2 sudu ketumbar
3)1/2 sudu jintan putih
sangrai dan kisar kering
1)1/2 sudu jintan manis
2)1/2 sudu ketumbar
3)1/2 sudu jintan putih
sangrai dan kisar kering
Satukan bahan kisar di dalam bekas dan masukkan sesudu besar gula perang atau gula merah kemudian kacau sekata.*gula memberi rasa sedikit berbeza berbanding gula putih*
Ayam dicuci dan dilap berseh dengan tisu kertas atau tuala berseh.Kelar-kelarkan sedikit badan ayam dengan pisau. Lumurkan ayam dengan kicap cair kemudian sapukan ayam dengan bahan perapan. Perahkan sedikit limau kasturi kat atas ayam .Perap ayam semalaman.
Sebelum di bakar sapukan sedikit butter/planta untuk ayam . Masukkan ayam dalam ketuhar (suhu 190 darjah celcius) atau dalam chefal : ) bakar /panggang sampai kekuningan
dalam proses pembakaran
sos cili bawang putih halia*suatu waktu dahulu aku pembuat sos cili tegar*
bekal makanan firdaus ke rumah pengasuh
ayam bakar ala ala sate yelah tu
Jumpa lagi ye.Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.