pedas???? kah kah kah aku dapat membayangkan kak limah menyuap mee goreng pedas aku tu ke dalam mulutnya sambil gelak menganjing aku. Sebenarnya aku bukanlah orang yang sesuai nak bercakap mengenai sejarah "PEDAS" opps ada lagi sorang minah tak pedas dia ni pun kalau diikutkan tak berapa nak sesuai bercakap pasal pedas.
Suatu waktu dulu aku pencinta makanan pedas tegar serius ni mak tak buat joke,setakat cili api patah dua makan dengan nasi alah bisa tegal biasa. Tapi apa yang aku perasan semenjak suami aku yang chindian ni hadir ke dalam hidup aku maka dari situlah bermulanya episod aku cuba berenggang dengan cili api terutama cabai burung atau makanan pedas+++ .Suami aku bukannya tak makan makanan pedas tapi tak delah makanan yang pedas sangat sampai merah bibir atas bawah bak kata orang sekarang "dia makan pedas tapi pedas cara dia" kak limah jangan nak menganjing laki aku ye.Lidah dan mulut aku ni plak bila dah jarang makan makanan pedas banget sesekali makan mulalah tak menahan ,siap meleleh air mata aku ni.
Bila dah dapat suami yang jenis boleh layan makan nasi bersama ikan goreng dengan sayur aku apa lagi bertambahlah malas nak memasak masakan yang bercili bagai macam sambal atau kuah yang pedas-pedas ni. Kalau nampak kat rumah aku ada makanan bercili serta pedas +++ tu petanda yuyi ada agak berdekatan : )
Bahan-bahan untuk membuat mee goreng pedas -hurmm versi aku ye kak limah ko main jauh-jauh.
1) 5 tangkai cili kering yang kureng pedas-HA HA HA gunting dan rendam dalam air panas
2)3 ulas bawang putih
3)3 ulas bawang merah
dikisar halus
Sebungkus mee kuning-basuh dan tuskan-tips untuk mendapatkan mee goreng yang berupa paras cantik dan basah
lebih kurang seikat sawi-cuci berseh dan tuskan
lebih kurang sengengam taugeh-cuci berseh dan tuskan
sepaket fishball -basuh dan potong ikut suka
2-3 sudu besar sos tiram dan dua sudu besar kicap kipas udang lemak manis-Sebagai penganti garam dan penambah rasa
sesudu besar kicap pekat-memberi warna hitam pada mee goreng
1)Tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak-guna api sederhana
2)masukkan sawi-kaup balik sekejap
3)masukkan mee kuning-kacau dan kaup balik supaya semua bahan tumisan bergaul sekata dengan mee kuning
4)masukkan fishball-kaup balik sekejap
5)masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap kipas udang lemak manis dan sedikit air-kacau kaup balik seminit -dua minit lagi agar semua bahan tadi bergaul mesra bersama mee kuning
6)Sebelum diangkat masukkan taugeh ,goreng rebah bangun je
Proses akhir
mee goreng pedas versi makcik cik ina do do cheng
Awal pagi lagi perut aku dah kenyang , habis cam mano tu?
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .