Wednesday, November 21, 2012

menu simple dan sedap untuk budak sekolah , yelah tu

 4.30 pagi ; dikala  manusia lain sedang enak  diulit mimpi, tung tang tung tang aku berhempas pulas kat dapur. Berseorangan membakar ikan cencaru .Aku kata dalam hati "Jangan pernah kita rasa keseorangan Allah SWT sentiasa bersama kita,ayat penyedap hati ke apa tu?Aku kata dalam hati.

Rutin harian aku masa -cuti sekolah ; setiap pagi aku kena masak sikit nasi dan lauk pauk  untuk bekalan  Firdaus bawak  ke rumah pengasuh almaklumlah cuti -cuti sekolah sebegini  memang budak sentiasa lapar. Dah lah aktiviti  berkurangan .Apa lagi aktiviti  dia kat rumah pengasuh  kalau tak makan, tengok tv serta  menyakat 2  orang lagi budak  bawah umur yang ada kat situ .

Pagi tadi aku bekalkan untuk Firdaus

1)nasi
2)ikan cencaru bakar ngan kicap cili
3)sup bayam lagi : )

 Ikan cencaru yang telah dibersehkan dan digaram kunyit

Sebelum ni aku ada bagitahukan yang  petang semalam  balik dari beli burger aku singgah kedai Acheh beli 4 ekor ikan cencaru. Ni lah ikan cencarunya aku bakar dan buat pencicah kicap cili.

 Entah kenapa aku prefer lagi balut ikan dengan daun kunyit dari daun pisang 
 2 batang serai yang telah dititik dan direndam ke dalam sedikit minyak masak-minyak ni untuk dititiskan pada ikan semasa proses pembakaran ikan nanti.
 ikan cencaru yang hampir siap dibakar

seperti biasa pencicah kicap cili

Balik keja nanti senanglah aku sikit .Tinggal goreng sayur dan panaskan nasi dan  lauk pagi tadi.


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina