Tuesday, November 6, 2012

hari minggu aku ; Pumpkin ; I love bubur nasi labu kuning@ pumpkin


Hari minggu aku besa-besa je, aku  tak kemana-mana duk melepak dengan suami dan Firdaus je.Minggu ni Yuyi dengan gula-gula Hack tak balik ke rumah .Wah, ajaibnya! syurgakan bila seharian  dapat menghabiskan masa bersama keluarga tercinta dua orang pun jadilah janji orang tersayang ye dak.Kasihan sangat dengan  ibu yang bekerja macam aku ni  pada cuti hujung minggu dan cuti umum barulah dapat menghabiskan masa yang betul-betul berkualiti bersama keluarga.*kualitilah sangat*.Itu sebabnya masa cuti sebegini  aku penuhi  dengan memasak makanan kegemaran keluarga tak bestlah  kalau penuhi   dengan tidur.rugi woii

Orang sekeliling memang nampak aku macam  penat tapi Alhamdulillah setakat ni  aku tak delah  rasa   penat sangat InsyaAllah aku tak akan rasa penat bila aku membuat sesuatu yang membahagiakan orang yang aku sayang@keluarga.Itu aku, aku rasa bahagia bila aku membahagiakan .Pelikkan bila ada orang yang terasa termenjadi terkuli bila buat sesuatu  yang membahagiakan  keluarga contohnya memasak atau memesin kain..Kalau rasa tak ikhlas kenapa buat ye dak?*abaikan ayar ter* Buat pengetahuan kengkawan longgokan kain baju yang belum berlipat kat  atas katil aku  dah separas pinggang Firdaus.Buat apa aku nak lipat kalau aku rasa tak ikhlas nak lipat. Kalau suami aku nak jeling kain baju tu 20 kali pun lantak pilah dia.Dia pun tak pernah paksa aku lipat .

Seriously , aku bukan jenis mak atau isteri yang akan  merengek-rengek minta   tolong anak dan suami  buat kerja rumah. Selagi aku sihat walafiat aku buat je keja rumah sorang-sorang.Tak pandai aku  nak paksa orang buat apa nak paksa takut nanti jadi tak ikhlas.Tapi Alhamdulillah  bab lap kipas , kemas rumah atau bersehkan tingkap pandai je suami aku buat haish  tak pernah aku  suruh pun. Anak-anak aku pun sama kalau kat rumah orang ringan je dia nak menolong orang.Otamatik kalau dia nampak aku tak sihat pandai je dia memasak atau  beli makanan.*bukan edisi riak tapi kenyataan*

Buat apa nak suruh suruh orang dah besar panjang ni buat keja , sedangkan kita pun tak suka orang lain suruh suruh kita buat keja .Kalau aku pun orang lain suruh suruh aku buat keja, aku  tak suka,  masa tu gak  hati aku spontan menjawab   "mampuslahhh, belahlah kau ,suka hati akulah".*jawapan banyak standard*  Tak tahulah kalau ada orang yang bajet  baik atau isteri mithali aku mengaku aku jahat jawapan spontan dalam hati macam tu memang standard.*luaran jahat tak pe kan.*

Dahlah penat aku berceloteh jom gi masak bubur nasi labu kuning@pumpkin

Tempe ikan bilis bercili goreng bawang putih ;  resepi tunggu dientry akan datang.

Bahan-bahan untuk membuat bubur nasi labu kuning@pumpkin
1)suku labu kuning -kupas dan potong sederhana besar
2)5-6 ulas bawang putih- dipecahkan dan buang kulit

3)sengengam ikan bilis-basuh dan kisar sederhana halus
4)1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

 Tumis bawang putih bersama ikan bilis sehingga layu dan naik bau , kemudian masukkan labu kuning.Masak sehingga  empuk.Bila labu dah cukup empuk masukkan sedikit garam dan secubit kecil serbuk perasa.Senang sikit kalau kita  masak labu ni  mengunakan chefal.
5)Labu yang dah empuk tadi aku kisar halus
6)Sedikit hirisan daun saderi@sup sup

Cara-cara nak membuat bubur nasi labu@pumpkin
1)Masak sengenggam atau setengah genggam  beras hingga lembut bersama air rebusan ikan bilis(beli je ikan bilas cikai-cikai , basuh kemudian rebus   dengan air  dan sedikit garam selama 1-1/2 jam-mengunakan api kecil atau slow cooker(kalau dah emergency sangat buh je  kiub ikan bilis)
2) masukkan labu kuning@pumpkin kisar-kacau sekata sehingga nasi dengan labu bergaul mesra
3)Kacau dalam 2-3 minit sebelum angkat taburkan serbuk lada hitam dan hirisan daun saderi tadi.
Bubur nasi labu kuning@pumpkin sesuai untuk budak tecit  yang kurang sihat
Budak kurang sihat sedang menikmati bubur nasi labu kuning @pumpkin bersama dengan tempe ikan bilis cili bawang putih *husih panjangnya nama tempe*



Jumpa lagi ye.............


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina