Friday, November 9, 2012

HACCP & ISO 22000 ; LEE BISCUITS; DRAMA DUA BABAK


Semenjak  syarikat tempat aku bekerja telah mendapat sijil HACCP aku perhatikan tangan aku ni akan memeriksa segala plastik bungkusan makanan , tin makanan dan segala botol minuman  yang aku pegang demi memastikan syarikat mereka itu  mempunyai sijil HACCP.Bekerja tanpa gaji adalah salah satu perkerjan yang paling aku suka:)ha ha ha apa ketawa-ketawa abahmu ingat senang ke nak dapat sijil HACCP ?

Aku menyifatkan  usaha HACCP team syarikat tempat aku bekerja selama  lebih kurang  6 bulan bertungkus lumus menyediakan segala dokumen demi  mendapat sehelai kertas yang bernama sijil HACCP sebagai berbaloi.Tapi Kasihan belum sempat pun team mereka  berehat chief mereka diarahkan membuat persedian untuk mendapatkan sijil  ISO 22000

BABAK 1

Minggu lepas aku sempat bercakap dengan  salah seorang chief  team  HACCP

Aku :  CT apasal ko cam penat je?

CT Nurhaliza : penatlah  sikit kan  HACCP baru lepas .baru je lepas  HACCP   kitaorang dah nak kena buat persedian  untuk sijil ISO 22000

Aku : (Tetiba je spontan terpacul dari mulut aku)LEE Biskut pun dah dapat sijil ISO 22000

CT Nurhaliza diam membisu  sambil tersenyum sinis .Dan dia terus pergi dari situ meninggalkan aku terkedu

"what the hell, apa yang aku dah cakap ni , mesti dia syak  hobi aku belek bungkusan biskut , mana  nak letak muka aku ni?.


BABAK 2

Dua hari lepas aku terserempak dengan staff  CT Nurhaliza yang bernama sahirah di depan bilik bos

Aku : apasal kau nampak kelam kabut je?

Sahirah : sibuk sikit.Sekarang ni kita orang kena buat persedian untuk sijil ISO 22000

Aku : (Tetiba je spontan terpacul dari mulut aku)eloklah tu Lee biskut pun dah ada sijil ISO 22000

Sahirah : (sambil angkat sebelah tangan) apalah akak ni lee biskut tu syarikat biskut dah lama la.

Aku : apa plak syarikat kita pun dah lama gak

Sahirah tersenyum sinis lalu pergi meninggalkan aku terkulat-kulat.........

Aku dah tak de kerja lain nak buat ,malam tadi aku sempat mengoogle LEE biskut dan FFM Berhad,  terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata cam mana? la la la

Pernah tak dengar hobi orang suka mengumpul koleksi bag coach , LV , Prada tak pun kasut Jimmy Choo, Sembonia tapi aku lain aku suka mengumpul  jajan.


LEE biskut

Dua bungkus biskut penuh gak sebotol kecik

Jajan 1

Jajan 2
 Jajan 3


Kebetulan kedai jual jajan 2 bersebelahan  dengan restoran KFC, aku pun beli KFC buat juadah makan malam selasa 
 Hot & Spicy dinner plate
 suami aku forever dengan Original dinner plate
 cheezy wages


InsyaAllah minggu ni minggu terakhir aku beri  Firdaus keizinan makan  Ayam , pagi tadi aku dah mula memasakkan dia sup sayur untuk dibawa ke rumah pengasuh.Bukan apa dia ni allergic ,Dia tak boleh   makan makanan sembarangan nanti seluruh badan dia gatal  terutama belakang lutut, pelipat lengan ,peha dan celah kelangkang. Kalau nak diikutkan dia hanya boleh makan ikan dengan sayur je  serta makanan yang berasaskan soya.Masa dia baby dulu doktor memang syorkan aku bagi dia minum susu yang berasaskan soya (Isomil).

jumpa lagi.........sendiri bebel  sendiri fed up

yang bengang

bini tukang kutip sewa rumah





Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina