Thursday, November 8, 2012

Ceramah anti dadah dipagi hari ; drama sebabak



 Drama sebabak ; Aku telan air liur  untuk kesekian kalinya. Seumur hidup aku inilah kali pertama aku diceramah oleh budak berumur 7 tahun . InsyaAllah mana tahu kita boleh insaf  selepas mendengar ceramah budak berumur 7 tahun  .



Firdaus : (sambil menarik-narik manja t-shirt ayah)ayah! ayah! ayah tahu tak dadah tu apa ?

Suami : (sambil jeling aku)dadah tu ubat pahit.tak boleh makan

Aku : haish awak ni, apa plak ubat pahit. Firdaus dadah tu racun tak boleh makan dan sentuh .

Firdaus : kalau makan boleh mati kan

Suami & aku : ye Firdaus  boleh mati

Firdaus : (dia mengerutkan kening dan dahi serta menegangkan urat leher)orang jahat pukul orang mintak duit ,lepas tu dia beli dadah. ayah , dorang jahatkan?



 Sedang aku ralit ceramah anti dadah terhenti seketika......................

Firdaus meluru kearah aku sambil menolak -nolak badan aku"kenapa dorang tak ambik duit kat bank je? kenapa ambik kat orang lain?Dengan nada yang boleh dikira high tone dan agak  keras .  "Firdaus kalau kat bank tu boleh ambik duit sesuka hati mak lah orang pertama yang pergi ambik,"kata aku.




Sekian terima kasih

Yang benar

ANTI  MLM DAN SEGALA SKIM CEPAT KAYA





Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina