Bercakap mengenai sumbangan dalam majlis kahwin&walimatul urus ; Suami aku memang dah biasa bagi RM50 tak kira bangsa mana sekalipun yang kahwin.Itu suami aku , kalau aku plak , aku bagi sekadar yang termampu tapi kalau ada rezeki lebih aku bagi lebih.Ada masalah ke? Aku tak de masalah pun dengan orang yang syer ramai-ramai beli hadiah . Apakah diri aku ni menimbulkan masalah pada orang lain sekiranya aku tak syer dengan sesiapa atau syer berdua beli hadiah. Seriously lawak bila aku dengar statement "rugi syer berdua , syer ramai-ramai jimat" macam tulah lebih kurang bunyinya .Hairan bin ajaib .Perkara baik seperti "bersedekah" ni ada untung rugi plak ye. Serik mak lenkali mak sendiri masuk dalam envelope, mak sendiri bagi kat tangan tuan rumah. Mak pening bila ada orang teringin nak tahu hadiah yang mak nak bagi pada member mak kalau teringin je nak tahu tak pe tapi siap perli yang mak tak suka. Perlukah kita nak bagitahu semua orang apa yang telah kita sumbangkan?
Tapi pada aku ,kita jangan fikirkan apa yang telah kita sumbangkan, fikirkan apa yang telah orang lain sumbangkan dan kita tak mampu berbuat yang sama.
Yang benar
Hamba Allah yang kerdil dan lemah