Tuesday, November 6, 2012

Hari minggu aku ; I love tempe bery the much ; tempe ikan bilis bercili goreng bawang putih

 Seperti yang aku janjikan di sini *bajet ramai yang sedang  beratur  menagih janji dari aku*.Tak pelah janji tetap janji ye dak?Dipendekkan cerita terimalah resepi tempe ikan bercili goreng bawang putih aku yang tak seberapa ni.Wah !mengjengkelkan tak statement aku  ?

Bukan senang nak terserempak dengan tempe dalam esbok rumah  sendirikan.Nampak sangat tempe ni dah lama diam dalam esbok  tapi aku tak perasan.Itulah yang sebenarnya.
Bahan-bahan utama
1)Tempe dipotong ikut citarasa masing-masing  dan dihiris nipis kemudian digaram kunyit.
2)selabu bawang putih-dipecah dan dikupas kulit
3)5-10tangkai cili kering direndam dalam air panas dipotong dan kisar halus
4) 4 sudu besar gula
5)garam secukup rasa
6)secubit kecil serbuk perasa


 Hirisan  tempe digoreng  dalam minyak yang panas dan banyak
 hirisan tempe yang dah siap digoreng
 Cara-cara nak membuat tempe goreng bawang putih

1)Tumis bawang putih hingga naik bau, garing dan bertukar kekuningan yang  sedikit kehitaman*peningkan*-guna api kecik
2)tumis cili kisar sampai pecah minyak-guna api kecik
3)masukkan sedikit garam , gula dan secubit kecil serbuk perasa-kacau sehingga sedikit kering
4)masukkan tempe gaul sehingga semua bahan bergaul , kemudian tutupkan api.Sedia diangkat dan disejukkan sebelum disimpan didalam bekas  kedap udara.
 Tempe ikan bilis bercili  goreng bawang putih nama diberi*Jadi tolong fokus ke arah bawang putih yang bertaburan nama pun tempe ikan bilis bercili goreng bawang putih ye dak.
 Ibu jari tu bermaksud  "tedapnya mak"
Sekejap je tinggal suku bekas, sabau jelahkan.Tempe ikan bilis bercili goreng bawang putih ni  sodap gak dimakan bersama bubur nasi labu kuning@pumpkin


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina