Friday, June 5, 2009

makan besar di BURGER KING sama sahabat tercinto



TRADE MARK BURGER KING.saje je aku letak gambar ni bagi orang meleleh. aku order burger ni apa ke namanya whooper JR.




ni sebenarnya Restoran burger king di Bukit Tinggi, baru dibuka beberapa bulan lalu. bersebelahan stesyen minyak shell. dia ade drive through.




sebelum bergerak ke sana sempat driver jumpa kawan dulu. nasib baik kawan aku ni bawa kereta besar. kalau dia bawa kelisa lambatlah sikit aku nak pergi. acah je....




biasalah sebelum pergi minta restu dengan tangkap gambar dulu.




apalagi beratur.... order keluarkan beg duit masing-masing.




tak boleh bayar kad kredit tau . cash je



makanlah ape tunggu lagi.




kawan aku ni dah tak larat nak habiskan burger 3 tingkat. makan kentang sambil berangan-angan.



cik wati ni yg pakai cermin tu, kalau makan memang serius. tapi habis.



makan sambil posing tu dah memang lumrah.



ramaikan.mentang-mentanglah baru bukak. pukul 12 je orang ramai dah serbu. mcm nak bayar bil api je atau pun beli nombor ekor.



nilah burger 3 tingkat yg aku cakap tadi.



dia org tak order burger, order cili sos je.



dah kenyang, tak tahu nak balik. aku bercadang nak ke Bakers Cottage. tak sangka driver dengar cakap aku.



okey dah sampai ke Bakers Cottage. dalam ni tak boleh ambil gambar, aku curi-curi ambil je.



roti fesyen baru.mcm sembahyang atuk punya je.



teka aku beli ape??????



Cheese tart kegemaran aku. sape nak gemuk mcm aku, makanlah banyak-banyak. aku syorkan.




dah cukup mase. apalagi marilah balik ke office.





di pertengahan jalan , ada kesesakkan lalu lintas akibat lori terbalik. nasib baik terbalik kat sebelah kanan jalan. tak delah membazir waktu .



tepat pukul 2 sampai ke office. kan aku kata kalau tak de kucing boleh balik sampai pukul 2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina