Friday, June 12, 2009

Masa untuk makan daun ulam




Misi bermula, ulam sudah dibasuh dan di potong.semua mengambil tempat masing-masing. 12.30 tengahari upacara bermula.





Wahai kawan-kawan maafkan aku. Sambal belacan nenas ini membuat kalian menangis teresak esak. habis tisu segulung. yang mana gastrik pastinya selepas makan ini terus jadi ependik atau ulser. aku pangkah katakan tidak pada sambal belacan nenas ni.





makanan dah siap diatur di atas meja. terima kasih kepada perancang jamuan makan ulam Dik Noor kita kerana sponsor lapik meja yg tak seberapa nak cantik sangat. tapi bolehlah.




terima kasih kepada wati kerana sponsor ikan masin trubokkk dari sarawak.
siti- sponsor paru masak pedas.
aishah-sponsor ikan gelama goreng dari kantin
saadah protege aku- sponsor asam tumis ikan kembung dgn bende tua.(tercabut gigi bila makan)




pakai cermin mata tu cik haza kita sponsor serunding daging kelantan mali.



ni dia perancang jamuan makan ulam. dia sponsor ayam pedas .
jgn lupa lapik meja dia sponsor jugak.



kan aku kata dah terjerit-jerit. aku dah kata makan sambal belacan tadi boleh buat org hilang akal sekejap.



kalau korang tak percaya, tengok ni tersenyum manja je .belum makan sambal belacan.




dah makan. tangan jadi kipas letrik.terus goyang tak boleh berhenti.



air.....air......tolong..... bukan rumah terbakar, tapi pedas.....



semua ulam tinggal tangkai. apalagi awet mudalah nampaknnya.



seleronya aishah makan walaupun pedas, dia maintain cun. bukan ape aku takut dia tak sempat tunggu bulan depan. terkejut baby dalam perut dia makan pedas sangat




cik wati sponsor epal jugak. amoi sebelah tatak sponsor ape-ape. dia budak baru belajar.



maintain makan walaupun pedas.



saki baki yg tinggal. akhir kata terima kasih kepada semua sponsor-sponsor kerana menjayakan jalan-jalan cari ulam. jamuan ni dapat diadakan jika kucing besar tak de je. lupa pulak teh limau ais noor sponsor, terima kasih ye.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina