Thursday, June 18, 2009

HAPPY FATHER'S DAY

Myspace Graphics




Sempena Hari Bapa pada 20 June ni aku mengambil kesempatan mengucapkan hari Bapa kepada semua bapa diseluruh dunia termasuk bapa aku sendiri. Terimalah hadiah yg tak seberapa dari anakanda. tengok je tak boleh makan.

Pengorbanan ayah sungguh besar, dari erti kata sebenar. walaupun aku taklah suka sgt ngan bapa aku sebabnnya :




ni bukan ular sawa, tapi getah paip. mana taknye aku pernah kena bantai ngan getah paip. tapi time anak aku buat nakal , dia kata jgn pukul, budak-budak. itu yang satunya aku tak paham tentang bapa ni. tapi walau macammana sayang jugak. dah tua tak terbuat garangnye.



Aku tak pernah lupa kerana bapa, aku agak mahir memasak. Ayah sangat cerewet. Asam tumis kena pekat macam di atas. kalau dia nampak kuah yg aku masak cair, dia akan buat tengok dalam kuah tu. Ayah kata, dia nampak muka dia dalam kuah tu.aku terus paham, maksudnya asam tumis tu cair. kadang-kadang pengalaman banyak mendewasakan kite. Kalau boleh sebagai ibu aku tak nak ada jurang yg besar memisahkan antara kite dan anak. Walaupun dia kena hormat kite sebagai ibu, tapi aku tak nak mereka mengangap kita sebagai ditaktor. Bagi aku hubungan sebagai kawan itu rasa lebih rapat. Aku tak suka kalau anak takut meyembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku. Bila kita sebagai ibu ada sifat ditaktor, anak tak selesa hendak meluahkan segala masaalah. Jadi diharapkan ibu diluar sana jgn terlalu memikirkan apa org lain kata pasal anak kite,. cuba fahami diri anak kite. fikirlah cara terbuka. jgn terlalu pentingkan diri sendiri. jgn musuhi anak walaupun anak kite pernah melakukan kesilapan besar. Hubungan kita akan menjauh, jika kita membenci mereka. Aku bercakap atas pengalaman masa lampau. Aku selalu jadikan iktibar , dari sejarah masa lampau. aku juga selalu nasihatkan diri aku sendiri. SUPAYA JGN JADI IBU YG ZALIM.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina