Welcome to Boston , ari ni anak aku nak belanja makan sempena hari jadi Firdaus.. aku kalau org nak belanja tak tolak.
aku first time makan kat sini.
jgn salah paham bukan acara pemujaan tau. ini sekadar menunjukkan dah lapar sangat.
dia org ni sekarang asyik posing je. mentang-mentang tahu aku nak masukkan dlm blog. tak pernah tolak kalau aku nak ambil gambar.
ni lagi sorang . dulu malu-malu , sekarang aku tak nak ambil gambar pun dia suruh.
makanan dia alah-alah steamboat. tapi jgn order ablone tau kalau tak bawa cukup duit. abalone RM138. aku order alah-alah murah je.lala/sotong ngan udang.
anak aku sorang ni tak layan stemboat. dia mesti layan nasi. ni dia lapar tahap gaban. sebab dari pagi tadi tak makan lagi. Sebelum pegi sini jumpa mak mertua dulu. memang setiap kali birthday Firdaus dia ade buat upacara cara dialah.
sorang ni pun nak makan nasi jugak. dia tak layan steamboat.
berasapkan. lidah melepuh, mana taknye.makan telur puyuh panas-panas. aku tak paham motif dia order telur puyuh.mcm tak pernah makan. dia order aku layan je...