Oleh kerana benggang ngan pandangan keji pekerja crocs tu, sanggup dia rembat 2 pasang crocs. Biasalah darah muda. Kalau tak silap aku, seperti apa yang dia cerita tempoh hari. Masa nak bayar, pandai pulak pekerja tu tersengih-sengih, baru nak senyum sumbing. Jadi pekerja cam tu ye, boleh pilih taraf. Mesti dia target nak layan orang kaya je kot.
Anak aku sanggup, demi misi membalas dendam pada pekerja tu, beli kasut lagi , walaupun dah ada banyak kasut.
contoh gambar suami aku ngan seluar koyak, harus lepas ni aku buat pengelap.
Aku pun turut kena perkara sama cuma versi berbeza. Pagi tadi aku jumpa cikgu Firdaus, niat di hati nak bayar sekali 4 bulan yuran tadika, lebih kurang RM900 lebih. Bukan apa, aku tak nak bila ada duit kat tangan, mula aku tak boleh duk diam. Ada je aku nak rembat.Cam tu baik aku pergi bayarkan sekali derap yuran dia.
Bila aku hulur je duit kat cikgu tu, macam-macam dia interview, baru dapat bonus ke?, kerja kat mana? kerja apa? ada duit terlebih ke?.Selama ni, dia tak pernah pun tanya soalan -soalan cam tu. Dia ingat aku sengkek kot. Mentang-mentanglah suami aku pakai seluar koyak ngan naik motor je, janganlah pandang aku sebelah mata. gua tahulah gua tak kaya mana. Terasa mak nok.
Manusia banyak yang cam tu suka pandang luaran . Alah beb, gua dah biasa tengok orang banyak duit tapi sempoi, contoh cam MIL aku, tengok naik basikal je, cuba ko cakap nak pinjam, cam bank tu sentiasa ada.Janganlah cam tu, orang yang betul-betul kaya, dia masuk shopping complex pakai sempoi je.Tak de nya dia nak pakai rantai emas bertingkat ngan gelang emas sampai ke siku.
Cakap pasal orang kaya ni dari sekolah lagi aku dah bergaul ngan kategori orang kaya gak, contohnya anak Datuk Hassan Azhaari, Najibah ngan Rauf sekarang datuk kot, dorang simple je, dari segi pakaian dan percakapan.Lagi satu Norhayati,, anak datuk Zainal Abidin, tak pernah pun beritahu bapak dia datuk, bila aku dah habis sekolah baru tahu, perangai gila-gila , boleh masuk je ngan aku. Tak de pandang kerek kerek ni, masa tu dorang tahu je bapak gua jual jambu batu ngan air kacang soya, mak gua pulak kerja basuh pinggan kat kedai makan.Terlepas pulak guna perkataan gua.
Senyum tapir : Nasihat aku , kalau kita berurusan ngan orang , rasanya tak payahlah tanya pasal peribadi terutama yang membabitkan kewangan ni. Boleh tersentuh tau, dah lah kerdil di sisi Allah SWT, kerdil gak di sisi manusia.