Oleh itu aku sering ambil pendekatan ,cool, tarik nafas sedalam mungkin, cari solution, bila dapat solution terus bertindak dengan segera, selebihnya aku berserah pada Allah SWT. Kebanyakan perempuan yang bergelar ibu di luar sana, waima yang bekerja mahupun housewife, banyak yang berkelebihan dalam mengawal situasi cam ni, kalau nak dibanding lelaki yang bergelar ayah. Para ayah jangan pulak nak melenting, ini tinjauan dan pandangan peribadi aku dari mata kasar.
Bila dah kerap ke klinik, masa Firdaus demam dulu, aku banyak kutip tips cara nak mengawal suhu badan yang tiba-tiba mendadak panas , dari doktor . Apa yang aku perlu buat, buka baju ngan seluar Firdaus, ambil towel basah dan balut keseluruhan badan dia , benda yang sama aku ulang buat, sehingga suhu badan dia kembali normal. Aku bagi dia makan ubat, dan minum air suam sebanyak mungkin. Nasib baik Firdaus jenis yang tak menangis bila sakit. Senanglah nak handle.Aku target, kalau sampai pagi, dia masih dalam keadaan yang sama, aku nak suruh anak perempuan tolong bawak ke klinik, kebetulan memang dia tidur kat rumah malam tu. Alhamdulillah, dia sembuh sepenuhnya sampai sekarang.
Bila dah keletihan sangat, petang minggu aku ngan Firdaus tertidur. Bangun tidur, baru duk teringat nak bukak blog. Baca punya baca blog , terbaca pulak satu entry penghargaan buat blog aku kat sini . Hilang jap segala keletihan, tengoklah cam mana hebatnya penangan blog buat masa ni, jadi pemangkin diri nak terus berkarya ngan cara paling mudah. Terima kasih sayang pada Blog Mak Dara Terdiva, kerana sudi menghargai blog aku yang tak seberapa nak dibandingkan dia yang dah lama berblog(otai).
Klik klik blog Kaseh, aku senyum tersipu-sipu malu, sambil petik daun-daun kat pokok, kaseh gambar profail kucing gemuk comel, orangnya dah semesti comel, semestinya kaseh pada haiwan dan kanak kanak kecil.Terima kaseh kerana sudi sebut makcik dalam cerita tu, kalau boleh ingat makcik dalam doamu.kwang kwang
Sebut pasal blog yang sedap ngan tak sedap, lidah aku kelu tiba-tiba. Siapa aku nak menilai. Pada aku semua blog ada kelebihan masing masing. Cuma boleh aku senaraikan sikit kat sini :-
Blog aku melekat lama
1)Bila baca aku happy dan senyum sepanjang masa, mestilah blog yang cerita merapu, meraban, ting tong, kelakar ketawa sampai pecah perut, bukan apa aku ni orang yang bekerja, stress sepanjang masa kat ofis, mana mungkin nak baca blog yang serius.Kalau tengok filem ngan drama pun aku pilih cerita yang tak payah nak fikir 10 kali maksud jalan cerita tu. Letih. Pelik ,cam manalah Boss aku boleh suggest, suruh aku bawak anak-anak tengok cerita Avatar. Maaf aku bukan orangnya nak tengok cerita cam tu, tapi sorrylah aku pun bukan orangnya nak nilai sesuatu filem atau drama tu terbaik.
2) Blog yang suka cerita pasal kehidupan dia ngan anak-anak, cerita yang simple, gambar cantik -cantik. Penting sekali luahan perasaan kasih sayang dia terhadap family dan anak-anak , bila baca boleh tersentuh jiwa dan raga. Tak kisahlah tulisan dia rock atau formal, janji touching.
3)Blog budak remaja lelaki dan wanita, sebab suka nak buat perbandingan cara hidup remaja dulu dan sekarang.
4)Blog mari masak-masak. Biasalah orang perempuan suka main pondok pondok. Bukan apa , suka ambik resepi dan tips.
5)Blog yantg tulis tentang kehidupan dan persekitaran ngan telus, tapi bila difikir balik ada kebenaran contoh , Blog Lady Noe.
6)Blog berkisar pasal politik, yang hentam sana sini. Suka je melayan lama sikit, sambil tu dok congak, tahun berapa aku boleh jadi wakil rakyat.
Blog aku tak berapa nak melekat lama.
1)Blog yang menulis mengunakan short form terlampau kritikal. Kalau "yang" tulis "yg", okehlah aku faham. Ini semuanya short form . Bukan nak komplen "Makcik ni dah tua" mana bisa faham short form cam tu. Tak nak stresslah.
2) Blog yang tulisannya semua huruf berkaler warna warni. Bukan apa "makcik disahkan mempunyai silau yang teruk". Jadi, bila baca terpaksa merangkak -rangkak.
2)Blog yang 100% tulis tentang agama (bukan aku anti agama), sebab aku adalah hamba Allah SWT yang lemah lagi lalai perintah dan suruhan Allah SWT, aku hanya boleh baca, tapi bila di suruh mengomen tentang cerita yang menghukum, mengharam dan menghalalkan sesuatu, tangan jadi kaku, biarpun tahu sedikit, aku memilih pendekatan, biar orang yang layak saja mengomen.
Aku dah pahat dalam hati dan fikiran, diri dan iman aku biar Allah SWT je yang tahu. Orang Islam yang lain punya iman pun aku tak suka nak judge. Penting sekali, "AGAMA ISLAM TU MUDAH" & "TAK DE PAKSAAN DALAM AGAMA" jadi nilaikan sendiri ayat tu dalam maksud yang sebenar. Jangan cuba berani menghukum orang jahat tu masuk neraka, manakala orang baik tu masuk syurga, yang benar layak menghukum adalah Allah SWT. Lebih baik jadi manusia yang tahu jaga diri , iman sendiri, bersedekah bila ada kemampuan tanpa ada niat riak. Ingatlah segala pekerjaan yang manusia lakukan bermula ngan niat, jadi niat dalam hati seseorang, kita tak boleh tahu, kesimpulannya kita tak boleh judge orang , bila dia buat itu dan ini.
3)Blog yang aku susah nak cari entry yang latest, sebab terlalu banyak contest dan giveaways. Kalau dorang letak kat sidebar okey gak.
Semua blog, kalau boleh aku nak baca, sebab aku suka membaca Kadang -kadang ada yang cakap bab tu, aku hipokrit. Korang tahu tak satu perkara, hipokrit tu , boleh jadi macam kita menghormati penulis blog tu. Kita kena ingat pepatah lama, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak. Kalau nak orang menghormati kita, kita pun kena menghormati orang, baru balance dalam kehidupan. Tapi bukan pada blog yang ceritanya
terang-terangan berunsur angkuh dan sombong.
Bila bab mengomen, aku memang tak nak hipokrit, kalau dia tulis salah, aku mesti bangkang atau sebaliknya, biarpun dia blogger dah femes atau popular. Aku tak suka amalkan budaya ampu dan bodek.Bila masuk bab menulis, aku tak akan tulis entry yang bodek dan ampu bagai.
Contoh hipokrit, yang lebih pada menghormati orang.,
1)Bila baca blog yang hampir 99.8% ceritanya berkisar tentang keagamaan, kehidupan manusia serta alam sekitar dan mengunakan pulak gantinama diri saya, kita atau singkatan nama sendiri, dari situ aku dah dapat agak secara rambang , peribadi penulis tu cam mana. Bila aku mengomen diblog dia dan meninggalkan pesanan di chat box, mestilah aku guna ayat yang paling formal dan lurus.
2)Bila baca blog yang hampir 99.8% ceritanya merapu dan meraban, campur rojak + laksa guna gantinama diri aku, cam blog cik ina minat Do Do Cheng, mestilah bila mengomen aku guna bahasa yang sehabis rock dan brutal.
Tak susahkan nak menghormati orang, jangan kita rasa diri hipokrit bila buat cam tu, anggaplah kita sebenarnya menghormati orang. Suka sangat aku nak memetik kata-kata Cermin Ajaib ,
KEJUJURAN ITU TIDAK PERLU DITUNJUK-TUNJUK KERANA IA PASTI DAPAT DIRASAI MAKA BERKARYALAH DENGAN JUJUR KERANA IA PASTI DAPAT DIRASAI.
Penatnya menaip panjang-panjang ni, tapi hilang penat bila korang sudi membaca dari mula hingga keakhir. Sudi sudikanlah membaca dan memahami, setiap patah perkataan yang aku tulis.
Senyum tapir : Memang benar menulis dan bercakap tu percuma, tapi kena kaji dulu kesan dan akibatnya.