Wednesday, February 16, 2011

Aku yang sebenarnya

Setiap manusia dalam dunia ni, punya naluri dan citarasa berbeza. Kita semua kena hormat dengan pendirian dan citarasa orang lain . Mereka je tahu mengapa dan kenapa mereka buat begitu dan pilih itu. Sebagai hamba Allah SWT yang lemah aku sentiasa berharap aku boleh hormat ngan pendirian orang lain dan aku kalau boleh nak orang lain pun hormat ngan pendirian aku.

Hari ni, aku nak bercerita tentang lelaki. Cuba kita tanya pada semua perempuan kat dalam dunia ni, ciri-ciri lelaki idaman mereka, 98% mesti nak lelaki romantis, kacak, tampan dan bergaya. Disamping tu, mereka suka lelaki yang ingat setiap tarikh penting dalam hidup mereka, tak kedekut , selalu bagi hadiah dan sentiasa memegang erat tangan mereka bila berjalan ke mana- mana .

Maaf, aku bukan termasuk dari golongan 98% tu. Aku pelik sedikit dari manusia yang pelik. Golongan lelaki yang aku tulis kat atas tak de dalam agenda hidup aku. Paling penting diri aku tak suka lelaki gedik dan lelaki yang suka mengurat perempuan kat tepi jalan atau kat mana-manalah.

Kalau ada lelaki yang mengurat aku, tahulah akibatnya. Aku ni jahat sikit, kalau kat tempat kerja, kalau ada lelaki yang cuba-cuba nak mengorat , aku akan call dia dan marah-marah tanpa dia tak tahu aku yang call. Jika dia syak dan tanya, aku boleh pura-pura berlakon marah-marah tanpa sebab. Tak boleh nak ubah, memang aku tak suka lelaki yang cakap mengarut-garut.

Bila dengar cerita pasal aku, mesti korang pelik, cam mana pulak aku bersuamikan, sedang aku tak suka orang mengurat. Korang jangan terkejut pulak, bila aku refresh pertemuan aku ngan suami sekarang. Dia dulu betulkan kabel telefon kat ofis, first time aku nampak dia dalam hati berdetik "hendsome". Dia nampak serius orangnya, jadi lagilah berkobar-kobar aku nak mendekatinya. Kebetulan dia datang kat meja aku tanya sesuatu. Tanpa berlengah, aku terus tanya "malam ni free,kalau free temankan saya makan" Dia pulak tanpa bantahan terus setuju.

ahhh ahhhh jangan cakap aku perigi cari timba, kena hormat , itu pendirian aku, tak suka lelaki ngorat, kalau aku ngorat tak pe. Okey, bermulalah sessi pengenalan, malam yang dijanji dia datang ngan motor dan berpakaian balik dari kerja. woww interesting, tak control macho. Markah pertama aku kasi dia. Bila sampai di kedai makan, habis makan dia bayar. Bab pembayaran paling penting, lelaki yang membayar wajib dapat markah. Masa makan kami berbual kosong tentang diri masing-masing dan family. Dari perbualan tu aku dapat tangkap, dia tak suka mengurat dan perempuan gedik, maka jelas kita berdua mempunyai naluri yang sama. Lepas makan, kita berdua jalan-jalan kat persekitaran, woow interesting lagi, dia tak pegang tangan aku , hinggalah sepanjang perhubungan.

Maka yes itu lelaki pilihan aku. Sehingga masuk alam perkahwinan aku kena terima dia sebagaimana aku mengenali dia sebelumnya. Aku tak boleh ubah dia, ikut kemahuan aku. Sebagai seorang lelaki, ciri-ciri penting dia ada sifat tanggungjawab. Sampai sekarang aku adalah seperti aku dulu, dan dia seperti dia yang dulu. Cuma bezanya ,sekarang dia ada memegang tangan aku ketika berjalan. Kami berdua serupa , tak pernah mengingati tarikh penting dalam hidup kami. Bila kami berselisih faham hari ni, menjelang esok hari macam tak de apa-apa yang berlaku sebelumnya. Kami tak suka mengunkit hal-hal yang dah lepas.

Bila terdengar perbualan atau membaca blog rakan -rakan cerita tentang suami mereka yang romantis, terdetik dalam hati, "bestnya kalau dapat suami cam tu." Bila ingat balik, aku marah ngan dia sendiri, kenapa tergamak cakap cam tu sedangkan itu pilihan sendiri. Sekarang aku tak pernah pikir bab-bab yang boleh mengugat keharmonian rumahtangga. Aku rasa pasangan suami isteri kat luar sana pun kena fikir sepertimana apa yang aku fikir. Korang hanya boleh tanya pada suami korang, bila dia yang korang kenal sebelum kahwin ngan selepas berbeza watak. Misalnya sebelum kahwin romantis, bila dah kahwin tak. Jadi korang rasa tertipu, bab tu korang boleh bawak berbincang. Jangan memendam perasaan sehingga membawa perbalahan.
Anggaplah perkahwinan itu satu perkongsian hati antara 2 pasangan bercinta. Dalam perkahwinan bertolak ansur tu indah.



senyum tapir : adakah pasangan anda menepati citarasa?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina