Salam lebaran...........
Pejam celik pejam celik dah hari raya ke lima. Cepatnya masa berlalu sekarang ni. Hari isnin dah start keja. Rasa malas plak bila dah cuti lama nak pegi keja balik. Apa nak buatkan , aku bukan orang kaya harta bertimbun -timbun dok goyang kaki je tak payah pegi keja..
Cerita pasal penang banyak lagi, sambung cerita kat sana je lah. Tak sah kalau tak ke Penang cari nasi kandar. Anak-anak aku memang tak suka sangat nak makan kari ni,, tapi aku ngan suami yang suka .
Lebih kurang pukul 12.30 tengahari keluar dari Apartment, nak pegi Jalan chowrasta. Dulu masa asoh cleaner balik penang aku selalu kirim beli rempah kari ngan dia. Tujuan ke chowrasta ingatkan nak cari rempah kari tapi bila sampai sana otak ingat makan nasi kandar plak . Aku tak beli apa-apa cuma suami je beli jeruk buah peberet dia.
Posing sebelum keluar dari Apartment.
Aku dipaksa firdaus ambik gambar dia.
Sampai je di Jalan Chowrasta,mata melilau cari gerai jual nasi kandar.
Nampak satu gerai jual nasi kandar, punyalah ramai orang beratur cam nak beli tiket naik bukit bendera gayanya. Yuyi cakap itulah nasi kandar line clear yang femes tu baru aku tahu. oooo tidaklah semata-mata nak makan nasi kandar nak beratur punya ramai cam tu aku bukanlah orangnya. Bagi aku asal saja nasi kandar kat penang semuanya sedap..
Last sekali aku makan kat depan gerai pasembor ni. Gambar ni aku cilok dari satu blog.Yuyi makan laksa.
Hari ke 4 makan lagi nasi kandar, kali ni kat retoran khalel(kalau tak silap aku) kat batu Ferenggi.
Muka budak nakal.
Anak lelaki
Yuyi makan kari kambing sampai pening kepala.
Kari kambing yang mabeles.
Bayam goreng yang lodoh, biasalah restoran mamak.
kacang panjang goreng.
Ayam goreng, tambahan burung puyuh goreng.
Firdaus layan sikit-sikit je makan kari.
Sementara suami pegi cuci kereta, kita orang pegi beli buah kat depan restoran tu.
Sedapnya cuaca panas cam tu makan tembikai susu , jambu ngan serbuk jambu.
Menyusuri Batu Ferenggi sambil makan buah.
Kat sini banyak restoran arab termasuk Tarbush.
Bergaduh kat tepi jalan.
The ship -Penang.
The ship kat penang best sikit dari KL.
Sambung cite pegi Parit Buntar rumah mak saudara suami yang dah 20tahun tak jumpa. Aku bagilah peluang kebetulan gi Penangkan. Nasib baik dia ingat jalan lagi, walapun dia kata hampir tak kenal ngan pekan parit Buntar yang dah banyak berubah.Peramah betul mak saudara ngan saudara-saudara dia semua. Nampak sangat dorang teruja jumpa suami , almaklumlah dah lama tak jumpa.
Anak saudara dia yang comel.
Mak budak-budak tu.
Yuyi suka sangat ngan budak perempuan yang comel ni.
Jom layan gambarlah, banyak sangat gambar yang nak dorang nak ambik sampai aku tak tahu nak cite apa.
Yuyi ni suka melayan budak-budak.
Ada anjing yang garang, sebelum dapat melepasi pokok nangka.
Pokok kelo
Kah kah kah aku , anak lelaki ngan Firdaus dapat melepasi anjing yang garang, yang tinggal yuyi je.
Pokok nangka
Dorang tengah bergembira kat pokok nangka. Semasa balik dorang bekalkan dua biji nangka yang belum masak. Peram seminggu lagi masaklah buah nangka tu.
Okeylah sampai kat sini je bersambung dilain hari ..............