Friday, September 9, 2011

meeting jackfruit

Salam lebaran..............


Malam tadi beg tangan (ala-ala beg kitar semula) aku kena ragut masa kat atas motor. Pencopek ni ni main sorong papan tarik papan plak . Boleh je nak lepaskan beg tu , tapi aku cian dalam tu tak de duit, yang ada cuma tuperware bekas nasi basi. Lama sangat main tarik -tarik , last sekali aku lepaskan . Nasib baik kekuda kuat masa tu, kalau tidak harus aku terpelanting 360 darjah. Lantak ko lah, jangan nak mengamuk plak tak dapat hasil.

Lepas kejadian,aku dengar sayupppppp je bunyi alarm handphone. La mimpi rupanya, aku mengucap panjang . Tu lah gara-gara makan nangka , sakit urat cam nak demam sampai termimpi -mimpi. Dah patern aku kalau makan benda berangin(kata orang tua-tua) cam nangka, cempedak, keledek dan seangkatan dengannya alamat dapat sakit badan ngan demam urat sekali.

Korang cam mana? Ada yang tak percaya ngan benda -benda karut cam ni, tapi sapa yang dah kena cam aku mestilah percayakan. Korang makan tak biji nangka, cempedak atau durian? Aku makan gak tapi tak banyak. Aku rasa  lagi sesuai kalau segala biji tu sumbat dalam mulut azez somalia/lombok yang dah terlebih -lebih nak bercakap sekarang ni. Dah glamer sangat, mana-mana je ada dia. kah kah kah.Jom cerita pasal lain plak, nak terbahak-bahak bila imagine mulut dia penuh ngan segala biji tu.



Pokok nangka yang aku cerita hari tu kat sini, buahnya dah masak seminggu selepas dibawak balik.



Inilah buah nangka buat yang tak mengenalinya. Buah nangka ada yang dah berkahwin ngan cempedak, jadi hasil perkahwinan tu keluarlah anak yang bernama semangka. ye ke ? aku bantai je ni. Korang rasa tak betul jangan makan hati ye.



Masa tengah membelah ni lah suami teringat masa time dia susah,segala jerami ngan biji nangka rebus dimakan . Bab belah-belah ni aku teringat benda lain plak. korang nak tahu apa benda tu? Cerita Sultan Mahmud mangkat dijulang. keh keh keh



semangkuk nangka yang meruntun hati suami.



Jerami-jerami nangka buat pengat pun sodap.



Masukkan nangka tu dalam plastik ikat ngan getah , sedekahkan pada yang memerlukan. kah kah kah



Belah kiri R&D Massimo dan sorang lagi ratu kebaya. Itu bukan aksi tercekik biji nangka ye, harap maklum.

Inilah orang kaya-kaya yang aku sedekahkan nangka. Rasanya pahala tu kurang tak sebab sedekah pada orang kaya. Hanya Allah SWT je maha mengetahui.



Cincin berlian orang kaya-kaya cam ni agaknya.



orang kaya-kaya sedang makan buah nangka.



Okeylah perapuan sampai di sini je, badan sakit cam nak tidurlah plak, oleh kerana kat opis niat tu terpaksa dihentikan sementara waktu.Hari ni kak limah syoklah sakit badan kat taman rama-rama KL.Jeles gak aku pegi taman rama-rama dia pun nak pegi.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina