Friday, September 23, 2011

petua ngan gathering

Salam 1 Malaysia...............


Akak minta maaf ratu terpakai salam ko, dah kehabisan idea. Mesti ramai yang dah rindu ngan blog ni kan sebab seharian tak bersiaran semalam. Lagi bajet femeskan, jangan muntah ye, kalau nak muntah selepas ni. Jangan risau ye kawan-kawan aku masih bernyawa lagi biarpun semalam hampir menemui ajal kerana sengugut tahap hard core.

Terima kasih Rai suggest cik ina ambik calcium legakan sengugut. Lepas je baca komen ko, cik ina terus jumpa bos cik ina tanya dia pasal calcium tu. Selalunya cik ina refer dia pasal ubat-ubatan sebab dia pun doktor gak tapi doktor haiwan .boleh gitu? Belum pun sempat cik ina beli dia dah dah bawak pil calcium tu . Sayang ngan dia(sebab jimatkan duit cik ina) , cuma kalau dia meroyan suruh cik ina lap tingkap ngan buang sawang lebih-lebih tu cik ina hangin satu badan .

Mesti korang peningkan, selalu aku cerita pasal roti massimo,ni plak aku cakap bos aku doktor haiwan . Tak payah peningkan kepala ye roti massimo subsiadiary company, keja aku plak berkait ngan feed animal/feed additive, faham ye ngan penerangan ni.

Berbalik ke agenda asal , cerita jamuan raya kat tempat keja. Bangga sangat dalam bulan syawal ni , jamuan raya pertama yang aku hadiri , itupun selepas disepak terajang secara ganas sampai tergolek oleh En.Mudiarasu. Ntah lah aku pun tahu spesis aku ni, dari anak dara hingga dah beranak pinak susah sangat nak menghadiri jamuan makan . Aku ni nampak dalam blog cam huha sana huha sini, tapi sebenarnya pemalu yang amat.

Korang ada petua tak nak kurangkan malu? kalau ada sila silalah kasi. Mana tahu lepas praktikkan petua korang berubah plak jadi tak malu. ekekek.

Jom layan gambar acara makan-makan sederhana kat Pengkalan pegawai keselamatan kat tempat keja. Dorang ni bagus semua contribute buat acara makan-makan ni. Kalau tahu dorang buat, aku pun nak contribute sama, tapi dorang tak tanya sebab niat dorang nak belanja kawan sekerja makan sempena raya.


Hari tu budak ni nampak yuyi ambik aku kat opis, dia berkenan plak ngan yuyi. Ada hati suruh ambik gambar dia tepek kat facebook aku suruh yuyi tengok. Maaflah dik facebook acik tak aktif, anak acik plak nak tutup facebook dia. Kirim salam malam malam, yuyi tak de hati nak berteman dan berkahwin. Dia nak bujang forever.kah kah kah


Budak HR ni dah berkahwin jangan ada yang cuba nak ngorat plak.


Budak -budak tempat keja, maaf nama tak tahu pun, hari tu baru first time nampak budak -budak ni.

Layan juadah plak ye........


Macam-macam ada, bihun goreng, jelatah, ngan nasi briani ngan daging kambing.



Nasi himpit, timun, satay macam-macam ada .


Ayam rendang


kari kambing(peberet)



Lepas ni no more juadah hari raya lagi nak tepek kat sini. Tengok orang lain punya blog sikit punya banyak juadah hari raya, aku punya je kurengkan. Suka nengok kemeriahan kawan -kawan menyambut hari raya tak kiralah samada ngan saudara mara, family tersayang atau rakan blogger, aku tumpang gembira.

Dengarnya Doc Faiz nak adakan gathering ngan rakan-rakan blogger kat rumah kak chik , aku tumpang gembira. Baik hati kak chik , susah nak cari rakan cam tu. Teringin gak nak pegi, tapi tunggulah biar masa menentukan segala-galanya. Semoga Allah SWT melancarkan perjalanan gathering tu ye rakan-rakan semua.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina