Monday, September 19, 2011

Anak ku Sazali ke KL Ganster?

Salam lebaran................


Masa memang selalu mencemburui, cuti 3 hari cam tak rasa pun,  sekejap je dah hari senin. Nasib baik ada  akitiviti ngan anak-anak , tak de lah rasa sia-sia je cuti tu.Jumaat aku duk rumah je, sabtu ngan ahad lepak rumah yuyi sebab  dah  janji ngan Firdaus mandi kolam kat situ. Lepas beli rojak, terus  tuju rumah dia.

Firdaus sibuk sangat nak mandi kolam cam kat Penang hari tu, naik je rumah yuyi aku pun tunjuk kolam tu , tanya dia, "Sama tak cam kat Penang?, "sama, mak boleh tak Firdaus  mandi sekarang? Tak sabau, kalau nampak air teruja.




















Jom layan 2 orang dewasa yang sebenarnya tak boleh mandi manda kat situ tapi degil ngan sorang budak berumur 6 tahun  yang  pantang jumpa air. Di sebalik kemeriahan mandi manda terselit  babak -babak lucu.























Kalau tak menyibuk nak  bergambar  ngan melayan budak-budak bukan yuyi namanya. Pekerja taska cam tu kot.
























2 orang je dewasa  kat kolam tu.






















Mulanya  budak perempuan ni  duk sorang ,





















Datang plak yuyi mengacau, ajak budak tu bergambar plak.






















Firdaus ngan aksi penguin tak dapat dipisahkan.


























2 orang dewasa tu curi -curi terjun ..












































Babak lucu berkaitan ngan sorang  budak lelaki umur 7 tahun , memang rock habis. Suka sangat  nak buat terjunan  dari tempat yang  tak  dibenarkan. Dah lah  tempat  tu kat sebelah tempat aku lepak , seriau dibuatnya , takut tersalah terjun jatuh kat tepi kolam, mau kepala pecah.

Ni  lah tepi kolam  tu.





















Budak  tu  siap boleh suruh aku ambik gambar dia.





















Babak yang buat aku terkedu  ;

Aku : Dik jangan  terjun dari sini, nanti jatuh kat tepi kolam cam mana?

Budak tu : tak pe

Aku : Jangan dik nanti jatuh

Budak tu : tak pe cik.

Aku(dah panas) : ko jangan marah , kalau ko jatuh nanti, acik buat-buat tak nampak. boleh.

Budak tu : gua tak pedulik lu abang long ke? ayahanda ke ? ini KL gua punya.


Kami bertiga pandang satu sama lain bantai gelak.




























Beraksi ngan bola sebelum terjun.

Tak menahan boleh plak dia(umur 7 tahun) cari pasal ngan adik yuyi( umur 19 tahun). Korang tengok sendiri dia(tak pakai baju ngan seluar  track hitam   kejar adik  yuyi (baju tshirt kaler coklat cair).

Aku : ko jangan kacau abang ni(merujuk pada adik yuyi), dia polis tau.

Budak  tu : saya tak takut polis , saya takut  lagi ngan Allah.


Aku tak tahu nak cakap apa dah .

























Nampak tak budak tu main  kat atas. Masa ni tetiba je  teringat  pilem  anakku sazali part sazali  pegang pistol(kalau tak silap aku) metting  ngan kuncu -kuncu dia.


Firdaus kalau dah dapat air  susah nak ajak balik terpaksalah yuyi  pujuk siap janji bawak mandi kat kolam dalam bilik air dia plak.




















kolam mandilah sangat , "janji Firdaus diam", katanya yuyi. Lantak ko lah yuyi tak kuasa  nak layan..



Budak tadi buat  aku gelak dalam masa yang sama insaf ;

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya , sama ada menjadi Yahudi , Nasrani dan Majusi (riwayat Bukhari dan Muslim)




Bertemu lagi dilain hari dan waktu , Insyallah.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina