Sunday, September 18, 2011

Rojak Mamak, India, Pasembor

 Salam lebaran........................

Sempena bulan syawal yang masih bersisa lagi 13 hari  ni, mesti ramai  teman -teman dan saudara mara kita yang buat open house.Aku ada gak dapat jemputan dari teman dan jiran yang buat open house. Senang cakap dalam  bulan ni dah tak payah  nak masak  hujung minggu kat rumah kalau rajin penuhi jemputan open house..

Semalam cadangnnya nak bawak Firdaus mandi manda kat Sungai Congkak , last minute tukar plan  bawak pegi mandi kolam renang  kat rumah yuyi. Masa kat Penang hari tu  dia suka sangat mandi kolam renang kat tempat kita orang menginap tapi kesian dapat mandi pun sehari je,masa tu kejar masa , banyak tempat nak pegi.

Sebelum sampai rumah yuyi tak sah  kalau  tak singgah beli rojak kat area berdekatan..Yuyi tak berapa suka makan rojak, kalau makan pun rojak sotong. Gerai rojak yang aku  pegi ni memang ada tertera  rojak sotong kat papan menu dia, tapi hampehhhh setiap kali pegi bila tanya mesti dia cakap tak de. Sampai yuyi naik geram, aku plak tukang bako  boleh cakap plak "saja je dia tulis rojak sotong nak bagi  ramai orang datang sebenarnya dia tak jual pun." Yuyi pandang aku kecik besar je.

Kalau sebut rojak  kecik besar tua muda semua kenal. Rojak ni  ada bermacam -macam jenis kalau tak caya pegi sini.

Jom layan gambar  gerai rojak  area klang  yang pelanggannya terdiri dari berbagai bangsa.


Budak comot .Nampak tak rojak sotong kat situ.


Orang cina sekarang ni dah ramai yang pandai makan rojak. 

Gerai rojak ni tak de terletak sangat  ngan tepi jalan besar sangat cam tu aku  boleh layan lagi nak beli  sebab  tak berapa terdedah ngan habuk dari kenderaan  .


Nampak gigi je kan, habis tu dah terkejut boboy nampak aku ambik gambar dia. Masa tu mesti dia  feeling feeling aku nak buh gambar dia dalam magazine.kah kah kah.


Susun atur cucur nampak kemas. Nampak tak cucur nipis dan ranggup kat belah atas sekali, tu sedap bila buh dalam rojak..

Kebanyakan rojak  yang jual kat  restoran mamak, rasa tak berapa  mabeles sebab  banyak  tahu  goreng dari cucur, beza sangat ngan  gerai  ni bermacam-macam  cucur ada , yang best  sekali cucur nipis yang rangup.


Abaikan muka budak comot yang tengah syok gigit popia goreng.


Bukan  rojak je sedap kat sini, ABC ngan cendol  pun sedap.

Budak comot ada di mana-mana.


Rojak biasa


Rojak mee


Kuah rojak .


Bila cerita pasal rojak , aku  belum penah lagi tepek resepi rojak kat blog ni. Sabau ye, bila rajin nak buat rojak aku tepek resepi ye.

Nak tanya boleh? Aku suka rojak mamak, pasembor , kuah rojak   plak yang tak banyak kacang tanah.  korang suka rojak  apa?

Jumpa lagi............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina