Tajuk tu sesuai tuk pemimpin kita yang suka nak ungkit-ungkit kisah lama. Rasanya lebih baik pemimpin kita ni bersyukur kat Allah SWT pinjamkan nyawa dan limpahkan rezeki tuk dorang bagi terus hidup kat muka bumi ni. Tetibakan semangat patriotik berkobar-kobar . Dah lama rasanya tak tengok tv, ntah cam mana tertengok filem Bukit Kepong kat TV 2 semalam. Sampai sekarang ni aku duk fikir kaitan filem tu ngan peristiwa sebenar Bukit Kepong, fikir punya fikir, rasanya lebih baik aku sedekah Al-Fatihah pada arwah pelakon dan polis Bukit Kepong yang dah meninggal dunia dalam kejadian tu.
Terima kasih pada suami yang sanggup meradah hutan belantara mencari belimbing buluh..Kalau rasa tu tipu, abaikan ye. Kalau bab merapu ni biasalah..............kah kah.
Pelik sikit aku ni kalau rasa masam yang asli cam buah mangga, belimbing buluh, tomato atau yang seangkatan dengan buah masam , aku suka dan boleh tahan masam tapi bab jeruk cam buah pala, kedondong dan segala jeruk yang seangkatan dengannnya, memang aku seriau nak makan.
Hari tu masa pegi Penang mana ada aku beli jeruk-jeruk tu semua, waima kat sana menimbun sangat benda alah tu. Suami je galak membeli , kalah orang perempuan macam-macam jeruk yang dia beli. Aku hanya mampu pandang dan rasa seriau. Dia gak yang habiskan semua jeruk-jeruk tu.Aku makan dua tiga ketui je.
Korang plak cam mana . boleh tahan ke ngan jeruk-jeruk ni?
Sila abaikan lakonan semula ni-contoh nak letakkan belimbing buluh dalam rice cooker sebelum bubuh dalam sambal belacan.
Pandang belimbing buluh tetiba teringat kat arwah mak. Hati ni mulalah merintih-rintih , sayu hiba, apasal tak boleh ke? korang ada mak bolehlah nak senyum meleret.. Jangan marah ye, guruan di hari raya. Dia suka sangat sebelum buat sambal belacan bubuh belimbing buluh yang dipanaskan dulu dalam rice cooker yang tengah keep warm.
Dah lama tak menyadin, kalau suka sila layan ye.........
Banyak bawang ngan cili api seperti gambar di atas. Jangan risau tak pedas sebab tu cili api palsu. Kalau cabai burung korang letak banyak tu, mahu muncung mulut lepas makan sardin goreng.
Hirisan sebiji bawang besar ngan 7 biji belimbing buluh belah dua. Setiap orang citarasa berbezakan , kalau tak suka masam sangat boleh kurangkan .Pada aku tu okey .
Resepi sardin goreng tu cilok kat sini ye.
Kalau dah bubuh belimbing buluh tak payah air perahan asam jawa lagi.
Semalam memang malas nak goreng sayur, tapi masih nak bagi Firdaus makan sayur.Jadilah terung telur dadar .okey tak nama resepi ni?
Pada yang kat luar sana ada anak-anak korang yang tak suka makan sayur, silalah buat telur dadar cam ni. Kebanyakan budakkan suka sangat ngan telur, hambikkkkkk ko makan sekali sayur dalam tu. keh keh keh
potong dadu sebiji terung ngan 1 labu bawang besar. Abaikan papan yang dah berkerak tu.
Goreng terung ngan bawang tadi sampai layu buh sedikit garam dan perasa, kemudian tuang 4 biji telur yang dah dikacau ngan sedikit garam.
Bila dah bertukar kaler cam kat atas, boleh angkat . Abaikan telur dadar yang terhitam tu.
Firdaus setiap kali dapat makan sardin memang akan tersenyum lain macam .
Jumpa lagi..............